Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

25 Gambar Yang Disangka...

Media sosial telah menjadi antara medium terbaik dalam komunikasi harian kepada keluarga dan rakan-rakan.Perkongsian...

Azmin Cuma Berani Haram...

TINDAKAN kerajaan Selangor mengharamkan langganan akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian jelas memaparkan...

Tangisan Buruh Indonesia Dari...

DIKURUNG hampir tiga tahun dan dijadikan buruh paksa tanpa gaji. Itulah nasib sembilan wanita...

KPDNKK Kedah Rampas 1,051...

ALOR SETAR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kedah...

13 Ditahan Terbabit Kumpulan Sulu, Abu Sayyaf, Maute

POLIS menahan 12 rakyat Filipina dan seorang lelaki tempatan di Sabah minggu lalu kerana disyaki terbabit dalam aktiviti pengganas.

Ketua Polis Negara, Mohamad Fuzi Harun berkata, semua suspek itu ditahan dalam operasi di sekitar Semporna serta Tambunan pada 11 dan 12 Mac lalu kerana dipercayai menganggotai kumpulan militan Abu Sayyaf dan Royal Sulu Force (RSF).

Beliau dalam kenyataan hari ini berkata, ada di antara suspek itu memberi perlindungan kepada elemen pengganas asing yang bersembunyi di Sabah.

“Tangkapan pertama pada 11 Mac di Semporna melibatkan 5 lelaki Filipina dan seorang lelaki Malaysia berusia 40 hingga 50 tahun.”

Katanya, 4 daripada suspek itu disyaki terbabit dalam pertempuran dengan Maute di Marawi, selatan Filipina pada 2017 dan memberi perlindungan kepada militan Maute serta beberapa warga Timur Tengah yang bersembunyi di Sabah.

Beliau berkata, 2 lagi suspek disyaki ialah anggota RSF yang terlibat dalam serangan ke atas Lahad Datu dan Semporna pada 2013.

“Mereka turut terlibat dalam merekrut anggota baru RSF dengan menjual kad keahlian kumpulan tersebut dalam kalangan warga Filipina yang menetap di Sabah.

“Kedua-dua suspek tersebut melarikan diri ke selatan Filipina, selepas kekalahan kumpulan RSF. Pada November 2016, mereka menyusup ke Semporna untuk mengaktifkan kembali aktiviti kumpulan RSF di Sabah.”

Fuzi berkata, baki 5 lelaki dan seorang wanita berusia 23 hingga 63 tahun ditahan di Tambunan.


Katanya, seorang daripada suspek itu yang bekerja sebagai buruh binaan, disyaki ialah anggota Abu Sayyaf yang terbabit dalam pertempuran di Marawi, sebelum menyusup ke Sabah pada Disember 2018 untuk mengelakkan operasi ketenteraan di Filipina.

“Lima lagi suspek ditangkap kerana terlibat dalam memberi perlindungan kepada elemen kumpulan Abu Sayyaf dan Maute yang masih bebas.”

Keesokannya, beliau berkata, seorang lagi lelaki Filipina berusia 39 tahun yang bekerja sebagai buruh binaan ditahan di Tambunan atas kesalahan sama.

Katanya, 13 suspek itu ditahan di bawah Bab VIA – Kesalahan Berkaitan Dengan Keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan disiasat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012.

Fuzi berkata, 10 warga Filipina yang tidak mempunyai dokumen perjalanan turut ditahan dalam operasi itu dan diserahkan kepada Jabatan Imigresen. – FMT

Kategori