Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Jong-nam: Beberapa Lagi Individu...

MELAKA - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan terdapat beberapa...

China Benar Etnik Kazakh...

ALMATY – China membenarkan lebih 2,000 etnik Kazakh melepaskan kewarganegaraan China dan meninggalkan...

Perlis Sambut Baik Keputusan...

KANGAR - Tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) melarang penanaman pokok ketum secara komersial...

PM Sebut ‘Nasi Lemak...

TUAH Siti Hajjar Ahmad bukan sahaja popular menerusi media sosial baru-baru ini, tetapi turut menjadi...

126 Kematian Covid-19, Rekod Tertinggi Setakat Ini

KUALA LUMPUR – Kematian akibat Covid-19 merekodkan jumlah tertinggi hari ini iaitu 126 menjadikan jumlah keseluruhan kematian adalah 2,993.

Jumlah kematian hari ini membabitkan 123 warganegara dan tiga bukan warganegara sekali gus mengatasi rekod kematian paling tinggi pernah dicatatkan pada 29 Mei lalu sebanyak 98 kematian.

Jumlah kes baharu Covid-19 yang dilapor hari ini pula masih merekodkan angka lebih 7,000 selama dua hari berturut-turut iaitu 7,703 kes hari ini berbanding 7,105 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah baharu itu menjadikan jumlah kumulatif 587,165 kes direkodkan setakat ini.

Menurutnya, Selangor kekal merekodkan kes tertinggi iaitu sebanyak 2,728, diikuti Kuala Lumpur 701 kes, Sarawak (588), Negeri Sembilan (586), Johor (554), Kelantan (541), Pulau Pinang (407), Perak (224) dan Sabah (254).

Selain itu, Melaka mencatat 209 kes, Kedah (283), Terengganu (224), Pahang (237), Labuan (159), Perlis (7), manakala di Putrajaya hanya satu kes direkodkan.


Dr Noor Hisham berkata, daripada jumlah kes baharu itu 7,701 adalah kes tempatan membabitkan 6,860 warganegara dan 841 bukan warganegara manakala kes import pula dua terdiri satu warganegara dan satu bukan warganegara.

“Kes sembuh hari ini pula adalah sebanyak 5,777 menjadikan jumlah kumulatif setakat ini sebanyak 501,898.

“Seramai 878 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 441 memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan hari ini. – myMetro Online

Kategori