Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

MARA Minta SPRM Siasat...

KUALA LUMPUR - Pengurusan Majlis Amanah Raya (MARA) turut meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Latihan Sukan Negara Perlu...

KUALA LUMPUR - Latihan sukan negara perlu fokus kepada daya kekuatan mental dalam...

Remaja Putus Kepala, Pacuan...

PARIT BUNTAR - Seorang remaja lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang...

Bukan Tak Boleh Tapi...

KUALA LUMPUR - Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mutiara, Mohd. Amir Abdul Ghani...

122 Terbunuh Akibat Banjir, Tanah Runtuh Di Sri Lanka

SEKURANG-kurangnya 122 orang terbunuh dalam kejadian banjir lumpur di Sri Lanka selepas dilanda hujan lebat.

Reuters melaporkan, menurut Pusat Pengurusan Bencana hampir 100 orang lagi dilaporkan masih hilang.

Hujan yang berterusan itu memaksa ramai keluarga meninggalkan kediaman mereka manakala lebih 270,000 penduduk di negara itu dilaporkan terkandas.

Angkatan tentera Sri Lanka dan pasukan penyelamat menggunaan bot dan helikopter, namun terdapat beberapa kawasan yang sukar untuk diakses.

Kematian dilaporkan berlaku di pantai barat daerah Kalutara iaitu daerah tengah selatan Ratnapura dan daerah selatan Matara.

Jurucakap polis Piyantha Jayakody berkata, beberapa kes tanah runtuh dan banjir lumpur dilaporkan berlaku di kawasan terbabit.

Sementara itu, pihak tentera Sri Lanka berkata, pihaknya sukar untuk menjangkakan sama ada orang yang hilang akan ditemui hidup selepas dua hari kediaman penduduk ditimbus runtuhan lumpur di selatan dan barat negara ini.


“Saya kurang yakian akan ada yang terselamat dalam kejadian ini,” kata Mejar General Sudantha Ranasinghe yang mengetuai misi mencari dan menyelamat tentera.

Katanya, melihatkan keadaan runtuhan bongkah batu dan juga lumpur memang sukar untuk mangsa terselamat.

Kejadian tanah runtuh menjadi satu perkara biasa pada musim monsun di Sri Lanka berikutan keadaan tanah yang diteroka untuk tanaman seperti teh dan getah.

Pada Mei tahun lalu, lebih 200 orang dilaporkan maut akibat tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di tengah kepulauan itu. Pada 2003, tanah runtuh membunuh sekurang-kurangnya 260 orang. – MYNEWSHUB.CC 

Kategori