Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Seorang Lagi Suspek Kejadian...

KUALA LUMPUR - Seorang lagi suspek kejadian samun di sebuah kedai emas di...

Pendaftaran MyDigital ID Untuk...

PROSES pendaftaran Identiti Digital Nasional atau MyDigital ID membabitkan 1.6 juta penjawat awam...

Najib Lancar Zon Perdagangan...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan melancarkan Zon...

186,000 Anggota RELA Terlibat...

PUTRAJAYA - Sebanyak 186,000 daripada 3.8 juta anggota RELA di seluruh negara akan...

12 Negeri Catat R0 Atasi Purata Kebangsaan

KUALA LUMPUR – Penularan pandemik COVID-19 di seluruh negara berisiko menjadi bertambah buruk apabila 12 negeri mencatat kadar kebolehjangkitan atau R-naught (R0) melebihi purata kebangsaan, semalam.

Data dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook hari ini menunjukkan R0 bagi seluruh negara mengikut kes seharian adalah 1.07 semalam.

Bagaimanapun, peningkatan kes baharu COVID-19 di kebanyakan negeri menyaksikan 12 negeri mencatatkan R0 antara 1.08 hingga 1.35.

Nilai R0 tertinggi dicatatkan oleh Terengganu dengan 1.35, disusuli Kedah (1.28), Melaka (1.24), Perak (1.19), Negeri Sembilan (1.17), Johor (1.16), Pahang (1.16), Selangor (1.12), Pulau Pinang (1.12), Putrajaya (1.11) Kuala Lumpur (1.09) dan Kelantan (1.08).

Sarawak pula mencatatkan R0 1.0, manakala Sabah dan Labuan merekodkan R0 terendah semalam, masing-masing mencatat 0.94 dan 0.98.

Nilai R0 merujuk kepada tahap kebolehjangkitan kes COVID-19, iaitu berapa ramai boleh dijangkiti oleh satu kes positif. Semakin besar nilai itu, semakin tinggi kemungkinan jangkitan bagi setiap kes positif.


Sebagai contoh, jika nilai R0 adalah 1.5, ia bererti satu kes positif boleh menyebarkannya kepada seorang atau dua orang yang lain.

Selain itu, data dikongsi Dr Noor Hisham menunjukkan trend kes harian ketika ini kekal berada pada situasi membimbangkan, selaras jumlah kes harian yang masih melebihi 3,000 setakat semalam.

Meskipun jumlah kes dilihat mula menurun sejak empat hari lalu, trend penularan COVID-19 ketika ini masih melebihi jangkaan Kementerian Kesihatan (KKM).

KKM mengunjurkan kes harian berisiko mencecah sekitar 5,000 sehari menjelang awal bulan depan jika R0 kebangsaan meningkat kepada 1.2. – BH Online

Kategori