Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Lelaki Samun Hotel Bajet,...

BUTTERWORTH - Seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kegiatan samun hotel bajet di...

Pertukaran Guru Tidak Dibeku...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) menegaskan pertukaran guru tidak dibekukan dan masih...

Polis Tak Tutup Kes...

IPOH - Polis Perak menafikan dakwaan pihak tertentu kononnya kes melibatkan Exco Kerajaan...

Jangan Pilih Calon PRU...

KUALA LUMPUR - "Orang Bangladesh yang datang ke negara kita beberapa bulan dah...

1/2 Juta Jemaah Haji Tanpa Permit Diusir Saudi

MAKKAH – Lebih 400,000 jemaah tanpa permit haji dari seluruh dunia dan lebih 200,000 buah kenderaan yang membawa mereka di pintu-pintu masuk Makkah sudah dihantar pulang.

Demikian menurut kenyataan Pengarah Jabatan Perhubungan Awam dan Media Keselamatan Awam Arab Saudi, Kolonel Sami Al-Shuwairekh yang dipetik oleh portal berita tempatan Saudi Gazette.

Manakala seramai 1,841 ekspatriat berdepan dengan tindakan undang-undang tegas dan mereka sudah pun diserahkan kepada Pihak Pendakwa Raya atau agensi-agensi yang lain, lapor media negara tersebut.

Sebanyak 3,296 kenderaan yang membawa para ekspatriat tersebut pula dirampas di pintu masuk negara itu, kata Sami dalam satu sidang media bersama yang diadakan di ibu pejabat Keselamatan Awam di Mina.

Usaha itu dilakukan sebagai mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin yang cuba bekerja secara haram di Tanah Suci selain anggota militan pengganas menyamar sebagai jemaah haji dan mahu mencetuskan kekacauan.

Jurucakap keselamatan Kementerian Ehwal Dalam Negeri Arab Saudi, Mejar Jeneral Mansour Al-Turki berkata semua agensi berkaitan sudah bersedia untuk menawarkan khidmat terbaik kepada lebih dua juta jemaah.

Ini termasuk 1.734 juta jemaah asing dan sekitar 200,000 jemaah domestik, menurut laporan Saudi Gazette. Beliau menambah lebih 50 peratus daripada jemaah asing sudah selesai program ziarah mereka di Madinah.


Jurucakap Kementerian Kesihatan Arab Saudi, Mishal Al-Robaian pula berkata tiada laporan penularan wabak tertentu, termasuk jangkitan penyakit taun, yang dilaporkan berlaku dalam kalangan jemaah.

Beliau menambah bahawa semua jemaah yang memasuki negara tersebut dipastikan bebas daripada sebarang penyakit berjangkit memandangkan musim haji kali ini berlangsung dalam situasi cuaca panas.

Penasihat Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, Hatem Qadi, memberitahu Saudi Gazette secara keseluruhan sebanyaj 19,500 buah bas digunakan bagi membawa pergerakan jemaah dari Madinah ke Makkah.

Sekitar 9,000 buah bas pula digunakan untuk membawa jemaah dari Makkah ke Mina. Indonesia yang merupakan negara Islam terbesar di dunia, merekodkan bilangan jemaah paling ramai. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori