Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bajet 2015: 300,000 Individu...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 300,000 individu tidak perlu lagi membayar cukai pendapatan selepas...

Musim Ini EPL Milik...

LONDON - Pemain tengah Manchester City, Bernardo Silva mendakwa jika pasukannya menjuarai Liga...

Projek Monorel Gagal, Antara...

PUTRAJAYA : Semakan audit mendapati berlaku pembaziran bagi pengurusan pembangunan Putrajaya berjumlah RM812.91...

Cuaca Panas: Jemaah Menteri...

PONTIAN: Jemaah Menteri akan membincangkan sama ada untuk melanjutkan cuti persekolahan atau sebaliknya...

12 Juta Beri Penghormatan Akhir Raja Bhumibol

BANGKOK – Seramai 12 juta penduduk melawat Istana Besar di sini bagi memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Raja Bhumibol Adulyadej, kata kenyataan istana semalam

Ribuan penduduk lagi berbaris di jalan raya berhampiran Sungai Chao Phraya untuk masuk ke istana semalam, hari terakhir bertemu Bhumibol sebelum upacara pembakaran mayat pada 26 Oktober ini.

Pegawai kerajaan Thailand dilaporkan berkata, ramai pelawat sanggup berbaris panjang lebih dua kilometer malahan kebanyakannya mula beratur awal sejak kelmarin lagi.

“Saya sudah berada di sini sejak jam 6 petang (kelmarin) dan hanya dapat masuk ke istana bagi memberi penghormatan terakhir pada jam 7 pagi (semalam).

“Malam tadi (kelmarin) hujan turun tetapi kami masih setia berbaris kerana kami mesti memberi penghormatan kepada bapa kami,” kata seorang penduduk Bangkok, Tossapon Thongmak, 33.


Bhumibol mangkat pada 13 Oktober tahun lalu dalam usia 88 tahun dan mayatnya disemayamkan di dewan emas dalam istana berkenaan.

Baginda kemudian digantikan oleh anak lelakinya, Raja Maha Vajiralongkorn yang ditabalkan menaiki takhta diraja pada Disember lalu. – Reuters/myMetro Online

Kategori