Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Fariz Musa Meninggal Dunia

Bekas pemimpin jawatankuasa pusat PKR Fariz Musa meninggal dunia kira-kira jam 12.20 pagi...

Keluarga Nafi Adun Seri...

SHAH ALAM – Keluarga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia, Prof Dr...

Seminar Saham Perkasa Bumiputera...

SETELAH berjaya menarik kira-kira 7,000 peserta menerusi 11 kali program, Mentor Pelaburan Saham...

BN Perlu Disegarkan, Dicergaskan...

KOTA KINABALU - Prestasi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-12 dan...

12 Bank Tawar Bantuan Untuk Mangsa Banjir

KUALA LUMPUR – Sebanyak 12 bank menyahut gesaan membabitkan pemberian bantuan dalam bentuk moratorium serta berkaitan banjir bagi membantu mangsa bencana terbabit.

Kejadian banjir itu menjejaskan negeri-negeri seperti Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Perak, Sabah dan terbaru di Sarawak.

Susulan itu, sejak Isnin lalu institusi kewangan seperti Affin Bank Bhd, RHB Bank Bhd; Public Bank Bhd; Malayan Bank Bhd; Bank Simpanan Nasional Bhd; Bank Muamalat Malaysia Bhd; CIMB Bank Bhd; Bank Islam Malaysia Bhd; Alliance Bank Malaysia Bhd; Hong Leong Bank Bhd; SME Bank Bhd dan OCBC Bank Bhd menawarkan bantuan bagi pelanggan masing-masing.

Ini termasuk kelonggaran pembayaran balik pinjaman/pembiayaan atau moratorium sehingga enam bulan, selain membenarkan penangguhan ansuran pinjaman dan pengecualian caj bayaran lewat.

Affin Bank, CIMB, Hong Leong dan OCBC pula bertindak menderma sejumlah RM1.1 juta kepada agensi-agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan.


Dalam pada itu, pengisytiharan darurat bagi membendung penularan COVID-19 pada Selasa lalu turut mendorong Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Hutang Kredit, Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dan Persatuan Insurans Hayat Malaysia, turut tampil menawarkan bantuan. 

PIAM misalnya memberi jaminan kepada mangsa banjir yang mempunyai perlindungan insurans banjir bahawa ahli-ahlinya bersedia untuk mempercepatkan proses tuntutan dan bayaran kerugian akibat bencana tersebut. – BERNAMA

Kategori