11,985 Kes Baharu Covid-19 Hari Ini

PUTRAJAYA – Terdapat 11,985 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia pada Rabu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes adalah 951,884.

Selangor kekal negeri tertinggi melaporkan kes positif iaitu 5,550 kes diikuti Kuala Lumpur 1,174 kes.

Kedah terus merekodkan peningkatan berbanding Selasa iaitu pertambahan 800 kes baharu.

“Negeri Sembilan (745), Johor (644), Pahang (603), Sabah (474), Melaka (453), Kelantan (386), Pulau Pinang (362), Perak (274), Sarawak (261), Terengganu (171), Putrajaya (51), Labuan (35) dan satu kes di Perlis,” katanya. – Sinar Harian