118 Pengunjung Kongres Maruah Melayu Keracunan Makanan

SHAH ALAM – Seramai 118 individu yang menghadiri Kongres Maruah Melayu di Stadium Malawati di sini mengalami keracunan makanan selepas memakan makanan dipercayai disediakan pihak penganjur.

Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr. Khalid Ibrahim berkata, pihaknya dimaklumkan kejadian tersebut pukul 11.15 pagi apabila terdapat mangsa mengalami simptom muntah dan cirit-birit.

“Hasil saringan mendapati seramai 27 pesakit diklasifikasikan tag kuning (separa kritikal) dan 91 tag hijau (stabil) dan tiada pesakit tag merah.

“Jabatan Kecemasan Hospital Tengku Ampuan Rahimah dan Hospital Shah Alam diletakkan dalam status berjaga-jaga pukul 11.50 pagi bagi menerima mangsa kritikal dan separa kritikal,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau menjelaskan pesakit yang stabil telah dibenarkan pulang selepas menerima rawatan di lokasi kejadian.

Loading...