11,618 Kes Baharu Covid-19 Hari Ini

KUALA LUMPUR – Kes baharu harian Covid-19 semakin meningkat dengan 11,618 kes hari ini, yang tertinggi dicatatkan sejak Malaysia dilanda wabak itu.

Sebelum ini, catatan tertinggi kes baharu harian Covid-19 yang direkodkan adalah 11,079 kes pada Selasa.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi dengan 5,051 kes diikuti Kuala Lumpur (1,749); Negeri Sembilan (1,537); Kedah (504); Sarawak (289); Johor (396) dan Perak (164).

Selain itu, Melaka mencatatkan 526 kes; Pahang (400); Sabah (286); Pulau Pinang (210); Kelantan (236); Terengganu (189); Putrajaya (40) dan Labuan (38), sementara 3 kes baharu Covid-19 di Perlis. – Sinar Harian

AKAN MENYUSUL