Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Isu Rohingya, AS Desak...

LAPORAN PBB yang mendakwa pemimpin tentera dan kerajaan awam Myanmar terlibat dalam kekejaman...

BN Melaka Akan Usul...

SEREMBAN - Barisan Nasional (BN) Melaka akan membawa usul bagi menambah kira-kira tiga...

Najib Sekali Lagi Tanya...

KUALA LUMPUR - Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak menuntut veteran DAP,...

Hazard Adalah ‘Messi Chelsea’...

LONDON - Cesc Fabregas melabelkan Eden Hazard sebagai 'Lionel Messi Chelsea' dengan kelibat...

116 Sembuh, Tiada Kematian, 105 Kes Baharu Covid-19

TIADA kematian berkaitan jangkitan Covid-19 dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), setakat 12 tengah hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat jangkitan wabak berkenaan dalam negara ketika ini kekal 103 kes.

Mengenai bilangan kes baharu positif Covid-19, beliau berkata, sebanyak 105 kes dilaporkan hari ini, mencatatkan 6,176 kes keseluruhan dalam negara.

Anda peniaga? Mencari platform pengiklanan Online? Mula dengan kami ..Website Mynewshub, FB (2.96 juta followers), Instagram dan Twitter. Hubungi kami http://www.wasap.my/60176070516

Menurutnya, daripada jumlah itu, sebanyak 11 kes baharu membabitkan kes import, manakala 94 kes lagi berkaitan penularan dalam komuniti yang mana 60 kes dikesan daripada lokaliti di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Katanya, seramai 31 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), 12 pesakit menggunakan bantuan alat pernafasan.


“Bilangan pesakit yang telah sembuh terus bertambah. Terbaru, seramai 116 orang telah sembuh.

“Ini menjadikan 4,326 pesakit telah sembuh dan discaj hospital dengan kadar kesembuhan 70 peratus.

“Kes aktif (positif Covid-19) kebolehjangkitan seramai 1,747 pesakit, mereka sudah diasingkan dan diberi rawatan,” katanya ketika sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini. – myMetro Online

Kategori