Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

14 Nov Sebutan Semula...

GEORGE TOWN - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 14 Nov untuk...

Pemimpin PAS Suka Bertegang...

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat yang tewas dalam pemilihan...

Institusi Agama Juga Perlu...

PUTRAJAYA — Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata peranan...

Lima Lelaki Ditahan Miliki...

KUALA LUMPUR - Lima lelaki ditahan kerana memiliki dan menyalakan suar ketika perlawanan...

1,144 Sembuh, 1,114 Kes Baharu Covid-19 Hari Ini

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 1,114 kes penularan Covid-19 dalam negara, hari ini, menjadikan jumlah kumulatif penularan wabak itu sebanyak 70,236 kes dengan kebolehjangkitan 10,799 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes baharu itu, hanya tiga kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara, bakinya penularan dalam negara. 

“Negeri di Lembah Klang melaporkan jumlah kes harian sebanyak 578 kes atau 50.7 peratus kes dilaporkan.

“Selangor dan Sabah masing-masing melaporkan jumlah kes harian tertinggi iaitu 320 kes iaitu 28 peratus. Ini diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 256 kes atau 22.4 peratus,” katanya. 

Beliau berkata, sebanyak 32 kes atau 2.8 peratus yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan penjara.

Ia, katanya, membabitkan Kluster Tembok (18 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (enam kes), Kluster Bakti (empat kes), Kluster PTS Sibuga (tiga kes) dan Kluster Penjara Reman (satu kes).

“Sehingga kini, terdapat 129 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), yang mana 53 kes memerlukan bantuan pernafasan.


“Untuk makluman, tiada pertambahan kes kematian Covid-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia kekal 376 kes (0.54 peratus daripada jumlah keseluruhan kes),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media mengenai perkembangan terkini Covid-19, di KKM Putrajaya, hari ini.

Terdahulu, Dr Noor Hisham berkata, ini bilangan kes sembuh Covid-19 hari ini adalah sebanyak 1,144 kes. 

“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 adalah 59,061 kes atau 84.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya. – myMetro Online

Kategori