110 Sembuh, Tiada Kematian, 16 Kes Baharu Covid-19

TIADA kematian berkaitan jangkitan Covid-19 dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), setakat 12 tengah hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat jangkitan wabak berkenaan dalam negara ketika ini kekal 109 kes.

Mengenai bilangan kes baharu positif Covid-19, beliau berkata, hanya 16 kes dilaporkan hari ini dan yang terendah setakat ini, mencatatkan 6,742 kes keseluruhan dalam negara.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Menurutnya, daripada jumlah itu, sebanyak sembilan kes baharu itu membabitkan jangkitan terhadap warga asing, yang mana ia membabitkan tiga kes import, manakala 13 kes membabitkan penularan dalam komuniti.

Katanya, seramai 16 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), tujuh pesakit menggunakan bantuan alat pernafasan.

“Bilangan pesakit yang telah sembuh terus bertambah. Terbaru, seramai 110 orang telah sembuh.

“Ini menjadikan 5,223 pesakit telah sembuh dan discaj hospital dengan kadar kesembuhan 77.5 peratus.

“Kes aktif (positif Covid-19) kebolehjangkitan seramai 1,410 pesakit, mereka sudah diasingkan dan diberi rawatan,” katanya ketika sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini. – myMetro Online

Loading...