Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Seluar Dalam Jalur Gemilang...

BIADAP... Tidak tahu apa tujuan, tiba-tiba muncul seluar dalam corak Jalur Gemilang dipakai...

Daging Ayam Berpenyakit Ada...

GEMPAR baru-baru ini apabila seorang individu memuat naik di laman sosial gambar seekor...

Kerana ‘Muah Ciked’, Shila...

MELALUI laman mikro Twitter peribadinya, penyanyi yang kini menempa nama di China, Shila Amzah...

Johor Perlu Utamakan TVET...

JOHOR BAHRU - Johor perlu melakukan persediaan awal, termasuk dari segi Latihan Teknikal...

11 Usahawan Malaysia Dalam Forbes 30 Bawah 30 Asia 2019

KUALA LUMPUR – Beberapa usahawan Malaysia adalah antara 300 orang dari 23 negara di Asia Pasifik yang tersenarai dalam Forbes 30 Bawah 30 Asia tahun ini.

Forbes berkata, kumpulan bakat muda itu dipilih daripada lebih 2,000 penyertaan, selepas dikaji oleh sekumpulan wartawan dan kerja-kerja mereka dinilai oleh panel hakim termasuk dalam aspek inovasi teknologi.

Usahawan Malaysia terbabit ialah Aaron Patel, Bobby Ong, TM Lee, Chris Khristie, Michelle Tan, Jin Xi Cheong, Joolin Chuah, Kendrick Wong, Melvin Poh, Sarah Chen dan Wen Shin Chia.

Patel ialah Ketua Pegawai Eksekutif iHandal Energy Solutions, firma kejuruteraan dan kontraktor yang pakar dalam meningkatkan kecekapan tenaga haba bangunan komersil dan perindustrian.

Bobby Ong dan TM Lee pula ialah pengasas bersama CoinGecko, penggabung data mata wang kripto yang menjejak statistik harga, volum, sosial dan pemaju.

Syarikat ini bekerjasama dengan Western University di Kanada dan Humboldt University di Berlin dalam menghasilkan penyelidikan mata wang kripto.

Chris Khristie dan Michelle Tan ialah pengasas bersama kumpulan media digital, INFLUASIA, yang memenuhi keperluan masyarakat berbahasa Inggeris, Melayu dan Mandarin Malaysia melalui portal mereka, Dunia Buzz, Lobak Merah, dan NOODOU.

Jin Xi Cheong ialah pengasas Poladrone, sebuah syarikat yang menggunakan dron dalam industri minyak sawit bagi meningkatkan kecekapan ladang sawit dan ladang tanaman di Malaysia.

Joolin Chuah pula ialah rakan sekutu dalam Insignia Ventures Partners yang memainkan peranan dalam hampir 10 pelaburan pada 2018, termasuk syarikat pemula niaga yang menjanjikan seperti igloohome, CoHive dan Sayurbox.

Beliau dikenali sebagai penasihat untuk kebanyakan usahawan di Asia Tenggara dan menjadi ahli lembaga pengarah Finhay, sebuah platform penasihat robo di Vietnam.

Kendrick Wong ialah pengasas bersama Omnilytics, platform analisis fesyen yang menawarkan data risikan pasaran masa nyata bagi 75,000 jenama.


Perkhidmatan data besar Omnilytics digunakan oleh peruncit di seluruh dunia serta pelanggan pasaran kewangan.

Melvin Poh, 27 ialah pengasas bersama The Asian Entrepreneur, penerbit antarabangsa dan platform media dengan pembaca aktif di 13 negara.

The Asian Entrepreneur baru-baru ini bekerjasama dengan kerajaan Malaysia, Macau dan Korea Selatan untuk memulakan beberapa komuniti dan acara syarikat pemula niaga.

Sarah Chen ialah pengasas bersama The Billion Dollar Fund Women, dengan matlamat utama untuk menangani jurang pembiayaan jantina yang dihadapi oleh pengasas wanita.

Dana itu berharap dapat melabur $1 bilion dalam syarikat pemula niaga yang didorong oleh wanita menjelang 2020, dan telah memperoleh lebih $750 juta dari pelabur global termasuk Gobi Partners, Golden Gate Ventures, Rethink Impact, Capital Growth Capital, Backstage Capital dan Funds Different.

Sementara itu, Wen Shin Chia ialah pengasas Green Yards, syarikat ekoproduk yang membuat sabun dan lilin daripada minyak masak dikitar semula.

Syarikat itu, yang memperoleh sumber minyak dari restoran dan isi rumah Malaysia, menjual produknya secara dalam talian dan di kedai hadiah di negara ini.

Kategori