11 Masjid Petanda Kebesaran Islam Di Taiwan

WALAUPUN hanya sekitar 0.7 peratus sahaja penduduk Taiwan yang beragama Islam, namun itu bukan penanda aras bahawa agama itu asing di bumi berkenaan.

Sehingga kini, terdapat 11 buah masjid yang memenuhi keperluan beribadah bagi hampir 140,000 muslim termasuk pekerja asing terutama dari Indonesia di negara pulau berkenaan.

Kesemua masjid berkenaan adalah Masjid Besar Taipei di Da’an (Taipei, Ibunegara Taiwan), Masjid Kaohsiung (Lingya), Masjid Kebudayaan Taipei (Zhongzheng), Masjid Taichung (Nantun), Masjid Longgang (Zhongli), Masjid Tainan (Timur), Masjid at-Taqwa (Dayuan, Taoyuan), Masjid Hualien (Hualien), Masjid Baitul Muslimin Yila, Masjid As Salam dan Masjid An-Nur Tongkang (Pingtung).

Daripada lapan itu, tiga masjid yang paling banyak menarik perhatian pengunjung ke Taiwan iaitu:

Masjid Besar Taipei

Merupakan masjid yang terbesar dan paling terkenal di Taiwan. Memiliki keluasan 2,747 meter persegi dan kubah setinggi 15 meter dengan diameter yang sama luas. Asalnya merupakan sebuah bangunan satu tingkat, ditambah menjadi dua tingkat berikutan pertumbuhan bilangan jemaah. Ia diiktiraf sebagai kawasan bersejarah pada 26 Jun 1999 oleh Majlis Bandar Taipei.

Masjid Longgang

Mampu menempatkan sehingga 300 jemaah pada satu-satu masa. Untuk sampai ke masjid yang dibina pada tahun 1964 itu, pengunjung boleh memilih untuk melalui Pasar Zhongzheng di mana ada pilihan makanan menarik seperti salad betik Thailand dan roti lempeng Yunnan. Boleh menjamah selera dahulu sebelum menyahut seruan Ilahi. Ia banyak disertai jemaah muslim tempatan dari Yunnan atau masyarakat muslim Thailand/Myanmar yang berhijrah ke pulau berkenaan sekitar tahun 1950-an.

Masjid Taichung

Antara masjid yang tertua di Taiwan dan terletak dalam daerah Nantung. Mula digunakan sejak 1951, lama-lama masjid berkenaan disedari semakin tidak mampu menampung jemaah muslim yang semakin bertambah di negara itu. Asalnya merupakan sebuah kediaman masyarakt muslim Taiwan, sejak tahun 1975, usaha pengumpulan dana dimulakan dan masjid berkenaan dinaiktaraf. Proses naik taraf bagaimanapun dihentikan pada 1989 akibat kekangan kewangan namun dibuka kepada umum pada tahun 1990 sehingga kini.Antara penambahan yang dilakukan ialah masjid berkenaan dijadikan 3 tingkat, mempunyai kedai, restoran Islam, tanah perkuburan dan tempat rehat untuk imam.

Kewujudan masjid-masjid ini ditambah juga kewujudan surau di stesen keretapi utama dan lapangan terbang mencerminkan negara pulau itu bersikap terbuka terhadap dan mengalu-alukan kehadiran pelancong muslim.

Dengan sejarah masyarakat Muslim mereka sendiri, walaupun jumlahnya agak kecil, kerajaan Taiwan mengambil langkah terbaik untuk memastikan pengunjung Islam ke negara itu tidak merasa janggal atau sukar untuk beribadat.

Untuk memudahkan pergerakan dan memastikan pelancong muslim kekal selesa, badan pelancongan negara itu membangunkan sebuah Apps dikenali Halal.TW. Dengan Apps berkenaan, pengguna dapat mengunjungi kesemua 11 masjid berkenaan yang mana peta dan pandu arah ke bangunan berkenaan telah siap dimuat naik.

Tunggu apa lagi… Taiwan sedang mengalu-alukan anda semua….

Bagi yang berminat boleh berhubung dengan Five Estec Travel Services Sdn. Bhd. di talian 03-91002101 / 017-9880140 atau email [email protected]