11 Ditahan Terbabit Pesta Liar Di Homestay

JOHOR BAHRU – Polis menahan 11 warga tempatan, termasuk seorang remaja berusia 15 tahun kerana terbabit dalam pesta liar semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), di sebuah homestay di Masai di sini, awal hari ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata, lapan lelaki dan tiga wanita berusia antara 15 hingga 23 tahun itu ditahan dalam serbuan sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor pada 12.45 tengah malam.

Beliau berkata, pihaknya turut merampas sejumlah dadah jenis ketamine seberat 2.08 gram dan empat biji pil ecstasy.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Menurutnya, hasil semakan rekod lampau mendapati dua lelaki dan seorang perempuan mempunyai rekod jenayah berkaitan dadah.

“Hasil siasatan awal turut mendapati semua suspek bukanlah penghuni di premis berkenaan, selain gagal memberi alasan munasabah untuk berkumpul,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Beliau berkata, hasil ujian saringan air kencing juga mendapati tujuh lelaki dan tiga wanita positif dadah jenis ketamine dan methamphetamine.

Ayob Khan berkata, kesemua mereka ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 12 (2) serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Peraturan 11 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020. 

Loading...