10,972 Kes Baharu Covid-19 Hari Ini

KUALA LUMPUR – Sejumlah 10,972 kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah sebanyak 927,533 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi laman Twitter rasmi berkata, Selangor mencatatkan 4,404 kes diikuti Negeri Sembilan (1,340), Johor (876), Kedah (705 dan Kuala Lumpur (609).

“Sabah pula merekodkan 651 kes baharu, Pahang (475), Melaka (474),Pulau Pinang (426) dan Perak (324).

“Sementara, Sarawak mencatatkan 301 kes, Kelantan (170), Terengganu (144), Putrajaya (48), Labuan (24) dan Perlis satu kes,” katanya.

Untuk rekod, semalam negara mencatatkan 10,710 kes baharu Covid-19. – myMetro Online