Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Mak Cik Tua Merenyam,...

TULAR di laman sosial Facebook seorang wanita pertengahan usia melakukan aksi erotik dengan...

Program Nyanyian American Idol...

Setelah bersiaran selama 14 musim, satu pengumuman mengejut dibuat saluran Fox apabila berkata,...

Video: Aksi ‘Geng Kunyit’...

PARAH, parah! Dunia hari ini boleh dikatakan hampir setiap hari disajikan dengan berita...

Dedah Payudara: Model Sambilan...

SELEPAS dipenjara lapan hari atas tuduhan melakukan perbuatan lucah di tempat awam, model...

107 Rakyat Malaysia Dikuarantin Dibenar Pulang

PUTRAJAYA – Semua 107 rakyat Malaysia yang dibawa pulang dari Wuhan, China pada 4 Februari lalu kini dibenarkan pulang selepas menjalani kuarantin selama dua minggu di Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT), Nilai.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, berkata jumlah berkenaan termasuklah dua individu yang sebelum ini dilaporkan positif COVID-19.

Beliau berkata, semua mereka dibenarkan pulang setelah menjalani dua ujian ulangan dan mendapat keputusan negatif.

“Mereka sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing, hari ini, selepas menamatkan tempoh pemantauan. Bagaimanapun, seorang daripada mereka sedang menerima rawatan di wad bagi isu kesihatan yang dialami beliau.

“Kementerian Kesihatan (KKM) ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua agensi yang terbabit dalam menjayakan misi ini,” katanya pada sidang media harian COVID-19 di kementeriannya, di sini.

Dr. Dzulkefly berkata, tiada kes baharu dilaporkan semalam dan jumlah kumulatif kes COVID-19 yang dilaporkan hingga kini kekal sebanyak 22.


“Hingga hari ini (semalam), seramai 583 pesakit bawah pemantauan (PUI) dilaporkan di Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Kebangsaan. Bagi kontak rapat untuk kes positif pula, sebanyak 230 kes dikesan negatif dan 13 kes masih menunggu keputusan makmal,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, dalam kenyataan berasingan malam tadi memaklumkan dua lagi pesakit iaitu kes ke-7 dan ke-8 positif iaitu sepasang suami isteri warga China yang dirawat di Hospital Permai, Johor Bahru telah sembuh sepenuhnya selepas ujian ulangan dua kali berturut-turut adalah didapati negatif.

Kedua-dua pesakit telah dibenarkan pulang pada petang semalam. Dengan itu, semua kes positif COVID-19 yang dirawat di Hospital Permai, Johor Bahru sebelum ini sudah sembuh sepenuhnya.

Berikutan itu, jumlah keseluruhan kes sudah dibenarkan pulang dari wad setakat ini ialah 13. – BH Online

Kategori