10,016 Positif COVID-19 Di Singapura, 1,016 Kes Baharu

SINGAPURA – Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan 1,016 jangkitan baharu COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif lebih 10,000 kes di republik ini.

Antara kes terbaru membabitkan 15 rakyat dan penduduk tetap negara itu, manakala bakinya adalah pekerja asing yang terus menjadi penyumbang utama peningkatan kes.

Angka itu menjadikan jumlah sebenar COVID-19 yang disahkan di Singapura ialah sebanyak 10,141 kes.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Kementerian Kesihatan, dalam satu kenyataan, berkata pihaknya sedang mendapatkan maklumat lanjut membabitkan kes baharu dan perkembangan terkini akan diumumkan dalam masa terdekat.

“Penularan dalam kalangan pekerja asing yang tinggal di asrama adalah antara penyumbang terbesar kepada peningkatan kes COVID-19 di Singapura.

“Kes baharu dalam kalangan masyarakat berkurangan kepada purata 28 kes sehari sepanjang minggu lalu, berbanding 39 kes sehari pada minggu sebelumnya,” katanya.

Perdana Menteri Singapura , Lee Hsien Loong, bagaimanapun berkata masih banyak lagi kluster kes tersembunyi yang besar mungkin wujud.

Sehubungan itu, beliau mengumumkan bahawa langkah memutuskan rantaian dilanjutkan sehingga 1 Jun dan peraturan sedia ada akan diperketatkan dalam tempoh dua minggu ini.

Ini bermakna lebih banyak pejabat akan ditutup dan jumlah pekerja dalam sektor perkhidmatan penting yang dibenarkan beroperasi akan dikurangkan.

Semua premis makanan dan minuman, termasuk kedai gunting rambut diarah tutup pada jam 11.59 malam.

Kerajaan juga melarang kemasukan ke kawasan tompok panas bermula dengan empat pasar utama, yang akan berkuat kuasa sehingga 4 Mei ini.

Saringan suhu badan turut dilakukan di pasar raya dan pusat membeli belah, dengan pengunjung perlu memberi butiran diri bagi membolehkan pengesanan dilakukan.

Cuti sekolah pada bulan Jun akan dibawa ke hadapan, bermula 5 Mei sehingga 2 Jun, manakala format pembelajaran akan ditentukan kemudian. – Agensi

Loading...