Tuesday, March 19, 2024

Creating liberating content

VIDEO: Peragut Kena Belasah...

Tengok peragut kena keronyok dengan orang ramai sampai berdarah-darah memang kesian tapi perasaan...

Seorang Penjual Daging Maut...

JOHOR BAHRU - Seorang penjual daging maut dipercayai ditetak dengan parang oleh seorang...

Syor Khairy Bertanding Di...

SEREMBAN : Penyandang kerusi Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dialu-alukan jika berminat bertanding di...

Penyakit Aneh Bolehkan Lelaki...

Bayangkan jika anda sedang melutut bersebelahan dengan keranda jenazah bapa, meratapi pemergian lelaki...

10,000 Staf KEMAS Disambung Kontrak Tahun Hadapan

GEORGE TOWN – Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) akan menyambung kontrak bekerja 10,000 kakitangannya, kata Timbalan Ketua Pengarah Operasi KEMAS, Ahmad Kamal Idris Mohd Nawawi.

Beliau berkata KEMAS tetap akan meneruskan kontrak bekerja kepada 10,000 orang kakitangan di seluruh negara dengan syarat individu tersebut tidak mempunyai masalah tatatertib.

“Seramai 10,000 kakitangan digajikan atas kontrak… kontrak-kontrak ini akan disambung macam biasa kecuali jika ada isu-isu tatatertib. Kalau tiada isu, kontrak-kontrak akan diteruskan.

“Kita ada lebih kurang 17,000 orang kakitangan KEMAS… 7,000 daripada itu pemegang jawatan tetap. Jika (individu) berkhidmat selama 15 tahun, mereka boleh dilantik sebagai pemegang jawatan tetap,” katanya.

Beliau ditemui selepas majlis menandatangani MoU antara Universiti Sains Malaysia (USM) dengan Kesatuan Kakitangan Kemas Semenanjung Malaysia (KESATERIA) bagi program Pengurusan Organisasi Lestari di universiti itu hari ini.

Majlis itu dihadiri Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar R. Sivarasa.

Pengurusan Organisasi Lestari merupakan sebuah program yang menawarkan kursus jangka pendek kepada kakitangan KEMAS bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kefahaman berkaitan ciri-ciri pengurusan pejabat, komunikasi berkesan dan kelestarian, pengurusan kewangan, kepentingan dan peranan teknologi maklumat serta pekerjaan sosial.

Seramai 97 kakitangan KEMAS telah berdaftar bagi mengikuti kursus selama empat bulan di USM bermula esok dan antara kursus yang ditawarkan adalah Pengenalan Kepada Kerja Sosial, Perlakuan dan Kelestarian Dalam Organisasi, Komunikasi Lestari, Kewangan Lestari, dan Teknologi Maklumat Dalam Organisasi.


Sementara itu Sivarasa berkata menerusi kerjasama berkenaan dapat membantu kakitangan KEMAS untuk lebih memahami peranan dan cabaran semasa sebagai pemimpin dalam menerajui organisasi selain daripada menambah ilmu dalam pendidikan kanak-kanak.

Katanya, kakitangan KEMAS yang mengikuti kursus itu perlu menggunakan peluang yang diberi sebaik mungkin untuk menimba ilmu demi memahami tanggungjawab sebagai pemimpin dan pendidik.

“Gunakan peluang ini sebaik mungkin. Saya sedar selama ini KEMAS sering dikaitkan dengan parti politik tertentu… sekarang usah campur urusan politik dengan pendidikan, fokus kepada pendidikan kanak-kanak dan masyarakat setempat, itu fungsi KEMAS,” katanya.

Dalam pada itu Naib Canselor USM Datuk Professor Asma Ismail berkata beliau percaya USM mampu memberikan banyak ilmu untuk dimanfaatkan oleh kakitangan KEMAS.

“Sebagai sebuah universiti yang memimpin kelestarian, saya fikir banyak yang boleh dikongsikan oleh USM yang kelak boleh dimanfaatkan oleh kakitangan KEMAS khususnya dalam peluang pengajian dan juga penyelidikan tentang bagaimana taraf hidup kehidupan rakyat khususnya di luar bandar dapat kita pertingkatkan,” katanya. – BERNAMA

Kategori