Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Shima Padam Foto Bertunang...

PERTENGAHAN Disember tahun lalu, pelakon 7 Petala Cinta, Shima Anuar telah mengikat tali...

Tolak Pemimpin Politik Melampau,...

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang...

STPM: Pesanan Mendiang Ayah...

PEKAN - Kehilangan bapa ketika menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak mematahkan...

MRSM Ranau Bakal Dibina...

RANAU - Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) akan dibina di sini pada tahun...

1,000 Kakitangan Lynas Dikhuatiri Hilang Kerja

KUALA LUMPUR – Lynas Corporation Ltd (Lynas) meminta kerajaan supaya mengkaji semula keputusan untuk menghantar sisa radioaktif kilang itu ke Australia kerana dikhuatiri akan menyebabkan lebih 1,000 kakitangannya hilang pekerjaan.

Pengurus Sumber Manusia Lynas, Jumaat Mansor, berkata sebagai langkah alternatif, pihaknya boleh membina tapak pelupusan kekal (PDF) untuk menempatkan sisa radioaktif itu.

“Sebenarnya, kita masih dalam proses penyelidikan dan pembangunan (R&D), itu langkah pertama sebelum bertindak membina PDF.

“Kita mengeluarkan modal yang banyak untuk R&D, kita ikut SOP (prosedur operasi standard) nak buat R&D memerlukan masa, lepas itu baru boleh fokus PDF.

“Namun, secara tiba-tiba kerajaan maklumkan sisa radioaktif itu akan dihantar ke Australia, ini tidak adil,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyerahkan memorandum bantahan kepada Pegawai Petugas Khas Parlimen kepada Menteri Luar, Adli Zakuan Zairakithnaini, di luar bangunan Parlimen, di sini, hari ini.

Terdahulu, kira-kira 130 kakitangan Lynas dari Kuantan, Pahang berkumpul di luar Parlimen dengan memegang beberapa sepanduk ‘Selamatkan Kerja Kami’ dan ‘Sila Berlaku Adil Kepada Kami’.


Mereka yang tiba di sini kira-kira jam 8 pagi menaiki tiga bas dan beberapa kereta.

Minggu lalu, Lynas dilaporkan perlu meneruskan permohonan mereka dengan pihak berkuasa berkaitan di Australia untuk menghantar balik semua sisanya sebelum tempoh lesen penstoran untuk jenis sisa itu tamat pada September 2019.

Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, berkata ini kerana Australia adalah negara yang besar dan luas sementara keperluan guna tanah di negara kini semakin terhad kerana pertambahan penduduk. – BH ONLINE

Kategori