Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Wanita Dipenjara 6 Bulan...

Sanggup bersembunyi di lapangan terbang selama seminggu semata-mata mahu memastikan bayi yang dilahirkannya...

Jemaah Haji Malaysia Patuhi...

MAKKAH - Jemaah haji Malaysia mematuhi arahan waktu melontar di Kompleks Jamrah, Mina...

RM217,000 Kompaun Dikeluar KPDNKK...

IPOH - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perak mengeluarkan sebanyak...

Pertemuan Khairy-FAM Belum Capai...

PUTRAJAYA - Keputusan mengenai formula baharu bagi memulihkan prestasi bola sepak negara masih...

100 Individu Berhimpun Bantah Projek Ladang Hutan

IPOH – Kira-kira 100 individu daripada 19 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk masyarakat Orang Asli mengadakan himpunan secara aman bagi membantah tindakan kerajaan negeri meluluskan projek pembangunan ladang hutan melibatkan keluasan 400 hektar di Hutan Simpan Kledang Saiong dan Hutan Simpan Bukit Kinta.

Pegawai Lapangan Sahabat Alam Malaysia (SAM), Meor Razak Meor Abdul Rahman berkata, dakwaan kerajaan negeri bahawa kawasan berkenaan telah menjadi hutan miskin bagi membolehkan projek berkenaan dijalankan tidak boleh diterima kerana ia masih berstatus hutan simpan walaupun ditukar penggunaan tanahnya.

Katanya, apa yang lebih penting, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah memasyhurkan Lembah Kinta sebagai tapak geologi Geopark Kebangsaan dan oleh sebab itu hutan dan bukit batu kapur di kawasan berkenaan harus dipelihara dan bukannya dimusnahkan.

“Saya persoalkan kepada pihak berkuasa untuk takrifkan apa makna hutan miskin? Adakah ia disebabkan faktor semulajadi atau faktor lain? Setahu saya, tiada takrifan hutan miskin pada hakikat yang sebenarnya kerana kita mengalami iklim panas dan lembap sepanjang tahun.

“Kita bukannya mengalami iklim ekstrim seperti di negara lain yang ada ketikanya boleh terbakar dengan sendirinya. Dalam konteks Malaysia, hutan miskin itu adalah disebabkan faktor kelemahan manusia itu sendiri dengan meneroka kawasan hutan tanpa terkawal sehingga berlaku kemusnahan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada himpunan aman berkenaan yang diadakan di luar pekarangan Bangunan Perak Darul Ridzuan bagi menyerahkan memorandum bantahan tersebut di sini hari ini.

Sementara itu, Presiden Persatuan Aktivis Sahabat Alam (Kuasa), Hafizudin Nasarudin mendakwa, hasil lawatan pihaknya ke kawasan Hutan Simpan Kledang Saiong seluas 300 hektar mendapati ia masih merupakan hutan tebal.


Menurutnya, Hutan Simpan Bukit Kinta berdekatan dengan perkampungan Orang Asli di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands pula menjadi tempat masyarakat peribumi mencari rezeki, malahan kawasan projek tersebut bertindih dengan Sungai Lu.

“Di kawasan Hutan Simpan Bukit Kinta tetapi berdekatan dengan perkampungan Orang Asli Ulu Geruntum seluas 100 hektar, ia juga merupakan kawasan rayau atau tanah adat Orang Asli.

“Oleh itu, kita menuntut supaya projek ladang hutan ini dibatalkan dan jika ingin meneruskan juga, sila pilih tanah lain seperti tanah kerajaan yang lain atau tanah terbiar, jangan kita musnahkan kawasan hutan simpan,” katanya. – K! ONLINE

Kategori