Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Lelaki Ditembak Cuba Libas...

LUMUT - Polis terpaksa melepaskan satu das tembakan sebelum menahan seorang lelaki yang...

Ebola: Singapura Kuatkuasa Visa...

SINGAPURA - Warga Guinea, Liberia dan Sierra Leone memerlukan visa untuk masuk ke...

Top Glove Labur RM75...

KUALA LUMPUR - Top Glove Corp Bhd telah memperuntukkan pelaburan awal sebanyak RM75...

Kontrak Bernilai RM9.3 Bilion...

LANGKAWI - Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2015 di sini menyaksikan...

10 Rahsia Masakan Untuk Tubuh Sihat

MAKANAN yang sihat bermula daripada cara masakannya, kerana banyak bahan makanan yang sihat boleh dirosakkan melalui cara memasak.

Pilihlah bahan yang sihat, dan masak secara sihat untuk memastikan tubuh kekal sihat.

1. Gunakan minyak yang menyihatkan
Bukan semua minyak dan lemak tidak baik untuk kesihatan. Pilihlah minyak tidak tepu, seperti minyak zaitun berbanding jenis minyak lain sepeti mentega. Jangan lupa, jangan gunakan banyak minyak kerana semua jenis minyak dan lemak mengandungi kalori yang tinggi.

2. Pilihlah bahan yang tidak ditapis (unrefined)
Pilih bijirin penuh berbanding yang lain. Bijirin penuh seperti beras perang dan sebagainya masih mengandungi bran yang bermakna kandungan serat, vitamin B, magnesium, zink, dan lain-lain nutrien.

3. Makan lebih buah-buahan dan sayuran
Ramai yang tidak cukup makan buah-buahan dan sayur. Cuba capai 4 hingga 13 hidangan buah dan sayur setiap hari. Pilih warna yang pelbagai supaya dapat lebih banyak antioksidan dan vitamin. Saiz satu hidangan ialah setengah atau 1 cawan bergantung pada jenis buah-buahan dan sayuran.

4. Jangan lebihkan daging
Daging ialah sumber protein utama tetapi ia juga menyumbang jumlah lemak tepu yang tinggi. Makanlah daging merah, ikan dan ayam dalam jumlah yang kecil. Tambah makanan lain seperti sayur-sayuran dan bijirin.

5. Pilih produk tenusu rendah lemak
Produk tenusu seperti susu, krim dan dadih ialah sumber protein yang baik. Cuba gantikan produk tenusu seperti whole-milk dengan yang rendah kandungan lemak. Ini boleh mengurangkan pengambilan lemak dalam diet.


6. Pastikan saiz hidangan yang sederhana
Walaupun ada banyak cara untuk mengawal berat badan, kuncinya tetap jumlah kalori yang diambil. Salah satu cara mengawal pengambilan kalori ialah mengawal saiz hidangan.

7. Jaga-jaga dengan pemanis
Semua jenis gula, sama ada sirap jagung, gula putih, gula perang, madu atau sirap maple menambahkan kalori tanpa sebarang nilai nutrisi.

8. Kurangkan sodium (yang terkandung dalam garam)
Kurangkan pengambilan sodium, sama ada anda ada penyakit darah tinggi ataupun tidak. Hanya jumlah kecil (lebih kurang satu sudu kecil) diperlukan setiap hari.

9. Tambah rasa
Perkayakan makanan anda dengan rasa yang pelbagai daripada bahan sihat seperti herba segar, rempah dan citrus. Makanan yang kaya rasa tidak akan membuatkan anda rasa kekurangan.

10. Sentiasa beringat dan nikmati makanan anda
Buatlah keputusan tentang pemakanan anda secara sedar dan tidak sekadar makan apa yang mudah diperolehi. Usahakan supaya anda makan makanan yang enak dan nikmatilah makanan anda. Anda akan rasa puas hati apabila anda makan makanan yang anda suka. – EW/mynewshub.cc/H

Kategori