Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Tiada Rakyat Malaysia Dijangkiti...

PUTRAJAYA - Tiada rakyat Malaysia yang didapati positif jangkitan virus Rabies atau penyakit...

Perang Terbuka Azmin-Guan Eng...

ALKISAH jentera siber propembangkang dilaporkan 'tergamam' apabila menyaksikan Menteri Besar Kedah yang baharu,...

Kelantan Akan Laksana Hudud...

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan tetap melaksanakan Undang-Undang Jenayah Syariah II (Hudud) di...

Pembinaan KXP Akan Semarakkan...

ALOR SETAR - Cadangan pembinaan projek ikonik Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim atau lebih...

10 Penghuni Dalam Bahaya Tanah Runtuh

KAPIT – Lebih 10 penghuni tiga rumah di lereng bukit di simpang Nyong Hill Top, Pelajau, di sini, berdepan bahaya selepas tanah di belakang rumah mereka runtuh awal pagi tadi.

Kejadian kira-kira jam 5 pagi ketika penghuni masih tidur itu dipercayai berpunca akibat hujan lebat yang melanda sejak petang semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 7.26 pagi.

Beliau berkata, sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit dikejarkan ke lokasi.

“Setibanya di lokasi, bomba mendapati tanah di belakang tiga rumah kampung di lereng bukit itu susur hingga ke bahagian dapur.

“Kami kemudiannya memasang sawar-sawar dan meminta penghuni berpindah ke tempat lain demi keselamatan mereka kerana keadaan agak berbahaya,” katanya.

Beliau berkata, pemantauan terus dijalankan untuk mengesan pergerakan tanah di kawasan terbabit

Sementara itu di Kuching, hujan lebat yang berlarutan sejak semalam menyebabkan satu kawasan di negeri ini kini berada dalam status amaran berikutan paras air mencecah 6.91 meter, pagi ini.


Berikutan itu, penduduk di kawasan Tubau dalam Bahagian Bintulu diarah berjaga-jaga dan mematuhi arahan berpindah jika paras air mencecah aras bahaya.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, sehingga tengah hari ini, paras air di kawasan berkenaan tidak menunjukkan kenaikan.

Beliau berkata, tiga lagi kawasan pula berada pada aras waspada iaitu Nanga Entawau di Kapit yang mencecah 11.91 meter dan terus menunjukkan trend menaik.

“Dua lagi kawasan pada aras waspada ialah Nanga Lemai B di Balingian yang mencecah 2.99 meter dan Rumah Along, Kemena dalam Bahagian Bintulu yang mencecah 5.33 meter.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut, angin kencang dan hujan lebat di Kuching, Serian dan Kota Samarahan, hari ini. – BH ONLINE

Kategori