10 Pengajaran Yang Boleh Dipelajari Dari Artis Malaysia

SABAN tahun, ada sahaja berita hangat yang sering dicetuskan oleh golongan selebriti tempatan sama ada berbentuk kontroversi, gosip atau fitnah.

Bagi mereka, ini mungkin merupakan salah satu kaedah ‘cari makan’ yang secara tidak langsung menaikkan populariti demi melonjakkan nama mereka dalam dunia hiburan.

Biarpun sering dipuja peminat, segala gerak geri dan apa sahaja perbuatan yang dilakukan pasti akan menjadi buah mulut masyarakat.

Pendek kata orang ramai perlu sedar bahawa selebriti dan artis juga seperti manusia biasa yang tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan.

Namun apa yang menyedihkan penulis kebanyakan kesilapan yang dilakukan adalah daripada diri mereka sendiri yang kadang-kala tak masuk dek akal.

Jom ikuti kupasan menarik yang boleh kita ambil daripada kisah beberapa selebriti tanah air ini.

Berikut hasil dari pemerhatian dan analisis mudah beberapa wartawan Mynewshub.

Duit

Asal Ada Duit, Semua Jalan

Seperti biasa, siapa yang ada duit, dia yang berkuasa. Beberapa artis atau usahawan pun nak ‘mencuba nasib’ dalam bidang nyanyian padahal tak ada ‘secebis’ pun bakat menyanyi.

Lebih merisaukan, lagu-lagu yang dikeluarkan artis-artis ini menjadi tular dan menjadi bualan umum. Bayangkan apa yang dirasai oleh penyanyi-penyanyi berbakat yang tak punya platform kerana tiada bajet?

Selain itu, ramai artis negara kita kini yang dikurniakan dengan pangkat Datuk. Segelintir daripada mereka memang layak berdasarkan sumbangan mereka kepada industri hiburan negara.

Namun, terlalu ramai artis sekarang mendapat pangkat tersebut, dengan ada daripada mereka langsung tidak mempunyai sumbangan kepada industri, apatah lagi sumbangan terhadap negara.

Tunjuk Perangai Pelik Pada Umum Untuk Kekal Relevan

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan beberapa artis yang bertindak melakukan perkara pelik dan meragukan tidak lain tidak bukan bagi mendapatkan perhatian.

Artis-artis ini kebanyakannya sudah tidak relevan dalam industri hiburan negara. Bagi memastikan diri mereka mendapat perhatian, mereka melakukan perkara-perkara yang tidak masuk akal.

Itu semua kemudiannya dikatakan berpunca daripada masalah mental atau depresi yang dilalui. Dengan ‘tiket’ ini, mereka terus-menerus bertindak melakukan perkara tidak senonoh.

bayi

Guna Kecomelan Anak Untuk Populariti Di Laman Sosial

Tidak dapat dinafikan, setiap artis mempunyai paras rupa yang elok dan menarik. Jadi tidak hairanlah apabila mereka dikurniakan anak-anak yang comel.

Namun yang menjadi trend sekarang ini adalah tindakan sesetengah artis yang mengeksploitasi anak-anak mereka untuk meraih populariti.

Artis-artis ini sedar akan permintaan netizen untuk melihat perkembangan anak mereka sendiri di laman sosial dan mengambil kesempatan terhadap perkara ini.

8 Produk Kosmetik Dikesan Beracun - KKM

Guna Pengaruh Lariskan Produk, Walau Sekalipun Tak Pakai

Kebanyakan artis di Malaysia menggunakan laman sosial sebagai satu iklan jualan untuk sesuatu produk. Namun, mereka sendiri tidak pernah menggunakan produk yang cuba dijual itu.

Ketika ditanya mengenai kebaikan produk yang dijual, mereka tidak dapat memberikan jawapan yang meyakinkan orang ramai.

Masyarakat perlu lebih berhati-hati tentang perkara ini memandangkan segelintir daripada artis ini hanya menerima bayaran untuk melariskan jualan dan ada yang tidak tahu-menahu langsung mengenai produk tersebut.

Cinta Dengan Orang Lain, Tunang Dengan Orang Lain

Tayang Kebahagiaan Bagai Nak Rak, Tetapi Terputus Tengah Jalan

Baru-baru ini, ikatan yang dijalin oleh pasangan artis dikatakan terlerai. Mereka kemudiannya mendapat kecaman netizen yang mengatakan mereka sentiasa menayangkan kebahagiaan ketika bersama.

Perkara ini sememangnya pernah terjadi bukan sahaja kepada mereka tetapi juga artis lain yang bercerai-berai sebelum ini. Ia merupakan sesuatu yang tidak mahu dilalui oleh semua orang tidak kira orang berpengaruh atau orang kebiasaan.

Jadi, untuk memastikan perkara ini tidak berlaku, hentikanlah tayang kebahagiaan kepada orang ramai. Bukan apa, takut orang-orang yang tak suka mendoakan perkara-perkara yang tidak baik.

Media Sosial: Antara Realiti Dan Fantasi

Sikap Menunjuk Di Laman Media Sosial

Ini mungkin dikenali sebagai ‘common’ dalam kontek dunia hiburan. Iyalah, di mana lagi mereka ingin berkongsikan segala kejayaan dan kemewahan setelah bersusah payah berlakon sana-sini demi bergelar artis.

Namun adakah sikap riak lagu suka menunjuk-nunjuk ini menjadikan seseorang selebriti itu menjadi contoh public figure di mata masyarakat? Sudah semestinya tidak sama sekali.

Antara perbuatan riak yang sering ditonjolkan oleh mereka ini adalah seperti percutian di pulau-pulau ternama, Check it hospital mahal dan paling menyampah, bersyukur tak habis-habis.

Dah Lelaki Tu Lelaki Aje Lah

Lembut, patah, sotong dan pelbagai lagi gelaran yang diberikan kepada golongan ‘wanita’ ini seakan-akan tidak mematahkan semangat mereka untuk terus wujud dalam kalangan masyarat.

Sama ada kalian sedar atau tidak, fenomena pondan ini juga sedikit demi sediki jelas semakin diterima masyakat lebih-lebih lagi dengan wujudnya beberapa usahawan kosmetik yang sudah bergelar status selebriti.

Penulis sendiri terkesima apabila melihat komen-komen daripada netizen yang kebanyakkanya memuji “Masya Allah, cantiknya sis” di pautan gambar-gambar pondan ini yang kebanyakkanya tiada segan silu mendedahkan tubuh ‘wanita’ mereka.

Asalkan Ada Rupa Dah Boleh Bergelar Artis

Isu yang sudah semestinya menjadi perdebatan hangat dalam industri hiburan sejak kebelakangan ini.

Mana taknya, kemunculan pelakon-pelakon baharu yang hanya berbekalkan rupa paras dan populariti kini semakin menjadi feveret pihak stesen televisyen dan produksi tempatan.

Biarlah ‘kayu’ macam mana pun, asalkan boleh buat duit, si lelaki atau perempuan itu dah boleh bintangi drama dan filem-filem besar hanya kerana mempunyai pengaruh yang kuat di media sosial.

Geng Kunyit Semakin Menjadi-Jadi

Imej kacak, sasa dan bermaskulin sudah semestinya antara ciri lelaki idaman yang didambakan wanita.

Tetapi percayalah ada diantara artis lelaki tempatan kita sebenarnya mempunyai nafsu songsang meminati jantina sesama jenis.

Tidak percaya? Cuba kalian selongkar laman-laman sosial beberapa pelakon-pelakon ‘jambu’ yang kini sedang meningkat naik dan mengikuti perkembangan mereka.

Jangan terkejut beruk pula bila dah tahu tu, diam-diam sudah.

Acah-Acah Politician Tapi Sebenarnya Tak Tahu Apa

Jika anda mengikuti perkongsian status yang sering dikongsikan oleh seorang pelakon ini, rasanya sudah pasti artis mana yang penulis maksudkan.

Bukan sahaja berlagak pandai ‘terer’ politik, malah kebanyakkan komentarnya yang mengkiritik pentadbiran kerajaan itu dibuat berdasarkan rujukan sendiri daripada sumber Internet.

Ini bukan sahaja meenunjukkan kepada umum tahap akal seseorang artis itu yang begitu mudah dibonekakan, malah mungkin menjadi kambing hitam kepada puak pembangkang. – MYNEWSHUB.CC