Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

UMNO Tolak PPBM: DAP-PKR...

UMNO Tolak PPBM: DAP-PKR Yang Untung?

Tiada Aktiviti Perjudian Komputer...

IPOH - Tiada sebarang aktiviti judi berkomputer di Silibin, di sini sebagaimana didakwa...

Akibat Curi Air Nak...

NILAI - Seorang pemilik rumah teres dua tingkat Semi-D di sini disiasat...

MH370: Waris Penumpang Saman...

KUALA LUMPUR - Waris kepada 12 penumpang Malaysia, Rusia, China dan Ukraine yang...

10 Lelaki Bawa Lari Barang Kemas RM1.5 Juta

KUALA LUMPUR – Sekumpulan 10 lelaki termasuk yang bersenjatakan tukul besi, merompak sebuah kedai emas dan melarikan barang kemas bernilai lebih RM1.5 juta dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah di Taman Segar, Cheras, di sini malam Ahad.

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Supt. Ismadi Borhan berkata dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, kesemua suspek memakai topi keledar bertutup penuh serta bersarung tangan dan bersenjatakan tukul besi sewaktu melakukan rompakan.

Menurutnya, ketika kejadian seramai lima pekerja termasuk pengawal keselamatan berada di premis itu.

“Siasatan awal mendapati lima daripada lelaki itu meluru masuk ke premis berkenaan dan memecahkan cermin pameran…manakala lima lagi anggota kumpulan itu menunggu di luar dengan menaiki beberapa motosikal jenis Yamaha 125Z.

“Suspek mengambil masa hanya tiga minit bagi melarikan kesemua barang rompakan…kesemua mereka dianggarkan berusia lingkungan 20-an,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini.

Ismadi berkata setakat ini pihak polis sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di dalam premis berkenaan bagi siasatan lanjut.


“Selain itu, pemeriksaan pasukan Forensik turut menemui beberapa bahan bukti seperti puntung rokok yang boleh dikaitkan dalam kes ini.

“Menurut saksi, terdapat bunyi letupan ketika kejadian, bagaimanapun, siasatan awal mendapati tiada unsur senjata api digunakan dan bunyi berkenaan berkemungkinan berpunca daripada pukulan suspek memecahkan cermin pameran,” katanya.

Beliau berkata gerakan memburu suspek sedang giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan berkumpulan. – BERNAMA

Kategori