Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Ismail Sabri: Orang Selalu...

DI sebalik kontroversi kenyataan beliau sebelum ini, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani,...

Bajet 2018: Perhatian Tinggi...

PAPAR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberikan perhatian yang...

Teknologi Microsoft Terbaharu Yang...

ORANG TUA ada mengatakan, jangan ditanya umur seseorang perempuan. Mereka sememangnya kaum yang sangat...

Sarjan Polis Didakwa Terima...

IPOH - Seorang anggota polis berpangkat sarjan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen...

10 Dikhuatiri Tertimbus Tanah Runtuh Di P.Pinang

GEORGE TOWN – Sepuluh orang dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Kukus, Paya Terubong dekat sini hari ini.

Kejadian pada pukul 1.56 tengah hari di kawasan tapak pembinaan jalan raya berkembar dari Paya Terubong menghala ke Relau itu menyebabkan empat kontena tertimbus.

“Maklumat awal terdapat 10 orang mangsa yang tertimbus…kawasan runtuhan dianggar 500 x 200 kaki (152.4 x 60.96 meter),” kata Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang melalui WhatsApp hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri Phee Boon Poh dalam WhatsApp kepada media hari ini berkata tiga maut manakala 12 lagi hilang dalam kejadian tanah runtuh itu.

Pengerusi Jawankuasa Kerja Raya, Utiliti dan Tebatan Banjir negeri Zairil Khir Johari dijangka ke kawasan runtuhan selepas mesyuarat exco kerajaan negeri yang kini sedang berlangsung. – BERNAMA

Kategori