Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Serius Urbanisasi Berbalik...

BAGAN DATUK - Kerajaan telah menukar pendekatan untuk melakukan transformasi urbanisasi berbalik, iaitu...

Gambar Neelofa Disalah Guna...

GAMBAR selebriti popular, Neelofa Mohd. Noor dikenal pasti telah disalah gunakan oleh individu...

Jenazah Bapa MB Terengganu...

KUALA TERENGGANU - Jenazah bapa Menteri Besar Terengganu, Allahyarham Abdul Rahman Mohammad selamat...

Budak Perempuan Dibelasah, Gambar...

CHINA – Mengejutkan. Seorang remaja berusia 16 tahun menjadi mangsa buli enam remaja...

10 Daerah Rekod Kes COVID-19 Aktif Tinggi

PUTRAJAYA – Sebanyak 10 daerah masih kekal merekodkan kes aktif yang tinggi dan dikategorikan sebagai zon merah, membabitkan kawasan sekitar Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Sarawak.

Menerusi infografik Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), di Kuala Lumpur empat daerahnya masih berada di zon merah dengan sekitar ibu kota mencatatkan jumlah kes aktif paling tinggi iaitu sebanyak 155 kes sehingga jam 12 tengah hari semalam.

Tiga lagi kawasan yang masih berada dalam zon merah di Kuala Lumpur ialah Batu sebanyak 91 kes diikuti Kampung Baru (67) dan Seri Petaling sebanyak 45 kes.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Selangor turut mempunyai tiga kawasan zon merah iaitu Gombak sebanyak 86 kes aktif dicatatkan, diikuti Petaling sebanyak 48 kes dan Hulu Langat, 45 kes manakala terdapat satu daerah di Johor masih zon merah iaitu di Kluang sebanyak 58 kes.

Selain itu di Sarawak terdapat dua daerah yang masih berada di zon merah iaitu Kuching sebanyak 97 kes aktif dan Kota Samarahan sebanyak 44 kes.


Lain-lain kawasan sudah semakin pulih dan kebanyakan daerah sudah berada di zon hijau kerana tidak lagi mencatatkan sebarang kes aktif sehingga semalam.

Sehingga kini Malaysia sudah mencatatkan sebanyak 6,428 kes positif COVID-19, daripada jumlah berkenaan sebanyak 1, 619 kes masih aktif dan kebolehjangkitan.

Bagi kes kematian pula, sebanyak 107 kes atau 1.66 peratus dari keseluruhan kes dicatatkan negara ini. – BH Online

Kategori