1 Tahun Menandakan Kejayaan Hotel Saja Al Madinah

JEDDAH, Arab Saudi – Saja Hotels & Resorts, sebuah syarikat pengurusan dan operasi hotel dan kondominium terkemuka di Arab Saudi,…

JEDDAH, Arab Saudi – Saja Hotels & Resorts, sebuah syarikat pengurusan dan operasi hotel dan kondominium terkemuka di Arab Saudi, baru-baru ini menyambut ulang tahun pertama Hotel Saja AlMadinah di Madinah, Arab Saudi, menandakan satu tahun yang penuh kejayaan bagi perkhidmatan yang mengagumkan yang disediakan kepada pengunjung ke kota suci Madinah itu.

Terletak secara strategik di bahagian Utara di kawasan tengah Madinah, hotel bertaraf empat bintang itu berada hanya beberapa langkah dari Masjid Nabawi (SAW) di bandar raya itu.

Encik Mohannad Bin Nabeel Khogeer, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Syarikat Saja mengulas, “Kami amat berbangga untuk meraikan ulang tahun pertama bagi Hotel Saja AlMadinah, jenama kebangsaan yang terkenal di Arab Saudi. Sepanjang tahun lalu mempamerkan kejayaan kami di dalam menyediakan kepada pengunjung ke Madinah dengan penginapan yang sesuai dan terbaik di bandar raya itu, sekali gus menjadikan perjalanan Haji dan Umrah mereka sebagai satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.”

“Pengalaman kami sejak dahulu lagi di dalam bidang hospitaliti yang melebihi 40 tahun adalah pemberi kesan yang ketara di dalam mewujudkan kejayaan kami semasa tahun pertama operasi itu. Kami telah menetapkan pelan pengembangan masa hadapan yang termasuk mengurus dan mengendalikan hotel-hotel lain di bandar-bandar yang berlainan dan menggunakan kepakaran kami di dalam menyediakan perkhidmatan pengurusan untuk hotel-hotel bagi rancangan selanjutnya. Usaha kami dalam hal ini adalah selaras dengan Wawasan 2030 Kerajaan yang bertujuan untuk meningkatkan jumlah jemaah haji dan pengunjung Umrah,” kata beliau.

Dengan 544 buah bilik, sebuah tingkat eksekutif, ruang istirahat, gim dan sebuah restoran diperakui (HACCP) yang khusus dalam menyajikan pilihan hidangan antarabangsa yang lazat; Hotel Saja AlMadinah mampu sepanjang tahun lalu untuk mengalu-alukan lebih daripada 350,000 orang Tetamu, mencapai rekod jumlah lebih daripada 110,000 tempahan bilik, menyajikan sekitar 120,000 hidangan, dan menerima tetamu dari lebih 80 buah negara.

Yang jelas, Hotel Saja AlMadinah menyediakan perkhidmatan hospitaliti bersepadu yang berkualiti tinggi untuk membantu pengunjung melakukan ibadat keagamaan mereka di kota suci itu dengan mudah dan selesa. Ia juga menyediakan mereka dengan kemudahan kerana berada dekat dengan Masjid Nabawi (SAW) di Madinah, di sebuah hotel yang menikmati satu paduan unik daripada ekonomi kemewahan dan ketulenan, yang menonjol di antara hotel-hotel empat bintang yang lain. Pasukan profesional Saja AlMadinah yang berbilang bahasa dan sangat terlatih itu membantu memecahkan halangan bahasa dan memenuhi keperluan pelawat dari seluruh dunia dengan perkhidmatan yang berkualiti tinggi.

*Sumber: AETOSWire

Hubungi

Saja Hotels & Resorts
Ahmed Elfallah, Pengarah bagi Jualan, +966534873966
[email protected], www.sajahotels.com

Sumber : Saja Hotels & Resorts

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. -BERNAMA

Loading...