1 Maut Nahas 3 Lori Dekat Senawang

SEREMBAN – Seorang lelaki maut dalam kemalangan membabitkan tiga lori di Kilometer 254.3 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Senawang di sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Norazam Khamis, berkata dalam kejadian jam 5.46 pagi itu, ketiga-tiga lori terbabit terbalik, termasuk sebuah melintang di atas jalan.

Katanya, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.47 pagi dan sembilan anggota dihantar ke lokasi kejadian.

“Kita dapati kemalangan membabitkan sebuah treler membawa muatan kayu dan dua lori tangki di laluan menghala ke Selatan.

“Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dan dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar di sini untuk mendapatkan rawatan,” katanya di sini, hari ini.

Kejadian itu menyebabkan kesesakan teruk selama hampir dua jam dan laluan Senawang-Pedas Linggi itu ditutup untuk sementara waktu.

Jurucakap PLUS berkata, trafik menghala ke Selatan dilencongkan keluar melalui Plaza Tol Senawang dan pengguna jalan raya boleh masuk kembali ke lebuh raya melalui Plaza Tol Pedas Linggi. – BH ONLINE

*Sekadar Video Hiasan..