Kerah 1.6 Juta Staf Awam Ke Himpunan Pro-ICERD?

KANTOI… Usaha Pakatan Harapan (PH) yang buntu tarik rakyat sertai himpunan pro-Konvensyen Antarabangsa Penghapusan Diskriminasi Kaum (ICERD) terus lagi dirundung…

KANTOI… Usaha Pakatan Harapan (PH) yang buntu tarik rakyat sertai himpunan pro-Konvensyen Antarabangsa Penghapusan Diskriminasi Kaum (ICERD) terus lagi dirundung malang bertimpa!

Terkini, Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) terpaksa nafi terdapat arahan kerajaan untuk kerah semua kakitangan awam hadir himpunan Sambutan Hari Hak Asasi Manusia Sedunia pada Sabtu ini.

Setiausaha Agungnya, Adnan Mat berkata, tiada arahan dikeluarkan pihak tertentu termasuk kerajaan PH sendiri yang arahkan jutaan penjawat awam untuk terlibat dalam mana-mana program diadakan di Petaling Jaya, Selangor.

“Kita tidak pernah keluar arahan dengan kerah seramai 1.6 juta kakitangan awam menyertai mana-mana himpunan baik perhimpunan pro-ICERD anjuran Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) atau #DaulatHimpunan812.

“Apa yang tersebar menerusi media sosial menyatakan konon penjawat awam dikerah hadiri himpunan kelolaan Suhakam adalah rekaan oleh pihak tidak bertanggungjawab,” kata Adnan ketika dihubungi sebuah akhbar hari ini.

Baca: PM Hadiri Himpunan Suhakam Sokong ICERD?

Hari ini tular menerusi media sosial mengenai kenyataan pihak tertentu yang menyatakan bahawa semua penjawat awam dikerahkan datang sertai perhimpunan kelolaan Suhakam untuk saingi #DaulatHimpunan812 di ibu negara.

Perhimpunan itu dihadiri Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ismail Bakar yang bakal berucap mengenai sokongan kerajaan PH terhadap perlu ratifikasi ICERD disegerakan.

Konvensyen itu dapat bantahan keras umat Islam kerana akan hapus segala hak istimewa Melayu dan Bumiputera sebagai penduduk pribumi selain mansuh syiar agama Islam serta kuasa Raja-Raja Melayu kerana dianggap rasis.

Mahathir, 93, yang sebelum ini sering perlekeh penjawat awam dengan pelbagai gelaran negatif, malah enggan naik gaji mereka kerana konon punca gejala rasuah teruk sehingga populariti imej beliau tidak disenangi banyak pihak.

Perhimpunan anjuran Suhakam; yang diwujudkan Mahathir sendiri pada tahun 2000, dikritik pelbagai badan tempatan sebagai petanda pentadbiran PH gentar dengan kuasa kebangkitan rakyat. – Agensi/Mynewshub.TV

Loading...