Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Universiti Islam Di Indon...

JAKARTA - Universiti Islam di Indonesia berdepan kritikan selepas melarang pelajar wanita memakai...

Epik Klasik Kisah Cinta...

HANG Kasturi menderhaka menentang Sultan Mahmud! Jadi bukanlah Hang Jebat orangnya yang memakai tengkolok Bujang...

Pemain Bass Seventeen Tinggalkan...

JAKARTA - Majlis pengebumian diadakan untuk anggota kumpulan pemuzik Indonesia, Seventeen yang maut...

Isteri Dipotong Telinga Gara-Gara...

ZARINA - telah berkahwin dengan suaminya pada usia 13 tahun, malangnya perkahwinan selama...

1.24 Juta Penduduk India Maut Udara Kotor Pada 2017

NEW DELHI – Masalah pencemaran udara di India pada 2017 menyaksikan 1.24 juta penduduk terkorban, selain mengurangkan purata jangka hayat sebanyak 1.7 tahun.

Menurut hasil penyelidikan diterbitkan Lancet Planetary Health pada Khamis, menunjukkan 51.4 peratus daripada kematian adalah di kalangan mereka yang lebih muda dan berusia di bawah 70 tahun.

New Delhi paling teruk tercemar dengan bacaan partikulat (PM2.5) yang tinggi diikuti Uttar Pradesh, Bihar dan Haryana di utara India.

“Pencemaran itu termasuk 0.67 juta pencemaran bahan partikel ambien (luar) dan 0.48 juta pencemaran udara isi rumah,” menurut kajian itu.

Penyumbang utama pencemaran antaranya disebabkan pembakaran arang batu, pelepasan sisa industri, aktiviti pembinaan, asap kenderaan, habuk jalan dan pembakaran terbuka.


Pencemaran udara juga menyebabkan India mempunyai kadar mortaliti dan penyakit tidak seimbang yang tinggi.

Awal tahun ini Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata 14 bandar raya di India dikategorikan sebagai paling tercemar di dunia.

Menurut WHO dalam tempoh setahun pencemaran udara membunuh kira-kira tujuh juta orang. – BERNAMA

Kategori