Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Gadis Jujur Cari Lelaki...

BAYANGKAN ketika sedang bersiar-siar di sebuah pusat beli-belah, tiba-tiba anda terjumpa sebuah kotak yang...

4 Maut: Polis Syak...

GEORGETOWN: Polis tidak menolak kemungkinan kemalangan melibatkan beberapa buah motosikal di Lebuh Raya...

Video Seks: NGO Gesa...

SHAH ALAM - Dua badan bukan kerajaan (NGO) menyerahkan laporan forensik yang dijalankan...

Kes 3 Butir Bom...

PETALING JAYA - Sepasang suami isteri hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen di...

Tiada Kes Baru Dilaporkan, Rabies Di Sarawak Terkawal

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan keadaan wabak anjing gila atau Rabies adalah terkawal.

Menterinya, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam memberitahu tiada kes baharu dilaporkan di negara ini setakat ini.

Ketika ditanya mengenai dakwaan kes baharu di Bau, Sarawak, beliau menyangkal dakwaan terbabit.

“Pemeriksaan ke atas anjing-anjing di kawasan Bau, berdekatan Kuching menunjukkan bacaan negatif untuk Rabies.

“Ini adalah suatu perkara yang baik, jika keadaan ini kekal dan tiada lagi bukti anjing dijangkiti virus itu, kita boleh anggap kawasan berkenaan adalah terkawal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang media yang diadakan selepas pelancaran Kempen ‘Suku Suku Separuh’ di Setiawangsa hari ini.

“Bagaimanapun, kita masih belum boleh mengisytiharkan kawasan ini bebas sepenuhnya daripada penyakit anjing gila sehinggalah kementerian mendapati tiada kes baharu dilaporkan dalam masa dua tahun,” katanya kepada media.

Negara digemparkan dengan kematian mangsa wabak Rabies termasuk empat orang kanak-kanak dan seorang warga emas pada Julai lalu.


Terdahulu, dua mangsa pertama wabak ini dilaporkan meninggal dunia pada 4 Julai diikuti mangsa ketiga yang meninggal pada 13 Julai lalu. Manakala mangsa keempat dan kelima masing-masing dilaporkan meninggal dunia pada 17 dan 23 Julai lalu.

 

Wabak Rabies ialah penyakit sistem saraf yang disebabkan jangkitan virus melalui gigitan haiwan.

Orang ramai diingatkan agar sentiasa menghindari diri daripada gigitan haiwan terutama anjing dan sekiranya digigit perlu mengambil langkah pencegahan segera dengan mencuci luka bahagian terkena gigitan menggunakan sabun dan air bersih yang mengalir selama 15 minit dan segera mendapatkan rawatan lanjut di klinik atau hospital berdekatan. – MYNEWSHUB.CC / Aisyah Karim

 

Kategori