Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

PKP Dilanjutkan Sehingga 18...

KUALA LUMPUR - Kerajaan membuat keputusan melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 di...

Kebajikan Polis Sentiasa Mendapat...

KANGAR - Kebajikan polis sentiasa mendapat perhatian kerajaan bagi membolehkan anggota keselamatan itu...

Wanita Hasilkan Sabun Guna...

SEORANG wanita mempunyai cara tersendiri untuk menghasilkan hadiah yang unik untuk kawan-kawannya iaitu...

Kedah Laa Ni Antara...

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir melahirkan kegembiraan...

Ringgit Malaysia Jatuh Sejurus Mahathir Berkuasa

MERUDUM TERUK… Selepas Pakatan Harapan (PH) dipimpin oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad berjaya menewaskan Barisan Nasional (BN), mata wang Malaysia terus jatuh dalam dagangan luar.

Lapor stesen Channel News Asia, kejatuhan nilai ringgit hanya berlaku dalam tempoh sehari daripada 2.4 peratus kepada 4.07 berbanding nilai dolar Amerika Syarikat dan terus turun sebanyak 1.7 peratus pada jam 9 pagi tadi.

Ia diburukkan lagi apabila agensi penarafan global Moody’s dalam nota laporan terkini kajiannya berkata ekoran kekalahan BN, situasi semasa kewangan untuk Malaysia kini berada dalam wilayah yang belum dapat dipastikan.

“Kemenangan kejutan oleh parti gabungan Mahathir mungkin akan menyaksikan turun naik nilai mata wang negara dan pasaran Malaysia,” kata Sian Fenner, ketua ekonomi Asia di firma Oxford Economics.

Sementara itu, pihak Bursa Malaysia di ibu negara mengumumkan penangguhan operasi urus niaga dagangan dengan menetapkan cuti pada hari ini dan esok seperti yang diisytiharkan oleh Ketua Setiausaha Negara.


Dalam pada itu, Mahathir dilaporkan berjanji konon untuk memansuhkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dan mengkaji semula segala kemasukan pelaburan asing.

Moody’s ketika mengulas isu itu berkata beberapa janji kempen Mahathir, termasuk pembatalan GST dan pengenalan semula subsidi bahan bakar, boleh beri kesan kepada hutang Malaysia. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori