Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Allahyarham Ja’afar Onn Wira...

SHAH ALAM - Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyifatkan bekas Timbalan...

Siasatan Tragedi Helikopter Terhempas...

PUTRAJAYA – Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) memaklumkan bahawa satu siasatan akan...

Rentak Pengundian Perlahan, 62%...

KUALA LUMPUR - Pemilih masih keluar mengundi bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14),...

“Semoga Allah Berikan BimbangNYA...

KUALA LUMPUR - "Saya amat bersyukur dengan sikap DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim)...

Perkasa Jadi Parti Politik?

KUALA LUMPUR – Sebuah parti baharu akan diumumkan penubuhannya esok oleh Datuk Ibrahim Ali yang membawa agenda memperjuangkan kepentingan Melayu dan Islam.

Ibrahim ketika dihubungi menjelaskan parti berkenaan tidak akan bersekongkol dengan mana-mana parti, sebaliknya akan bergerak secara sendiri.

Bagaimanapun prinsip perjuangan parti itu, ujar beliau, ialah memperjuangkan segala agenda melibatkan kepentingan Melayu dan Islam.

“Esok saya akan umumkan, kalau beritahu hari ini sudah tidak jadi kejutan,” katanya.

Sementara itu difahamkan parti berkenaan tiada kaitan dengan Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) atau erti kata lain pertubuhan berkenaan hanya bersalin kulit daripada pertubuhan bukan kerajaan kepada parti politik.

Inisiatif itu dipercayai diambil oleh Ibrahim tanpa berbincang atau mendapat kebenaran kepemimpinan Perkasa terlebih dahulu.

Bagaimanapun pemerhati politik yakin tetap akan timbul rumus mengaitkan Perkasa yang ditubuh serta diterajui oleh Ibrahim dengan parti politik tersebut.

Ura-ura Perkasa yang ditubuhkan selepas Pilihan Raya Umum 2008 berubah peranan sebagai parti politik memang sering diperkatakan dan ia bukan perkara baharu.


Pertubuhan itu diwujudkan bagi menentang usaha untuk menghakis kepentingan orang Melayu khususnya 30 peratus kuota bumiputera dalam pengagihan kontrak kerajaan.

Dari segi karier politik Ibrahim bermula sebagai pemimpin pelajar dan menjadi ahli parlimen buat pertama kali pada tahun 1986 bagi kawasan Pasir Mas di Kelantan di atas tiket UMNO.

Bagaimanapun pada tahun 1990 beliau mengekalkan kerusi berkenaan selepas memenanginya di bawah tiket parti baharu ditubuhkan ketika itu iaitu Parti Melayu Semangat 46 (S46), sebelum kalah pada pilihan raya 1995.

Selepas itu Ibrahim bertanding di atas tiket Bebas untuk beberapa pilihan raya sehingga beliau mendapat gelaran raja lompat kerana sering melompat parti.

Pemerhati politik berpendapat adalah wajar Ibrahim menubuhkan parti sendiri berikutan kejayaan beliau menerajui Perkasa dan mempunyai pengalaman luas di dalam dunia politik. – UTUSAN ONLINE

Kategori