Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Fazura Menangis Single Dapat...

MESKIPUN sentiada dikritik kerana tidak boleh menyanyi, namun haters Fazura boleh menangis kerana...

Kerajaan Timbang Permudah Visa

MELAKA : Malaysia mungkin perlu mengambil pendekatan memudahkan urusan permohonan visa bagi merancakkan...

Wanita UMNO Pegang 4...

KUALA LUMPUR – Semangat ‘Perang Mesti Menang’ Wanita UMNO jelas terpancar pada hari...

VIDEO: Bila Puak Orang...

TIDAK  dapat dibayangkan jika kita tiba-tiba terpaksa hidup di dalam pedalaman, terputus daripada...

Najib Ucap Takziah Kepada Rakyat Itali & Myanmar

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan takziah kepada rakyat Itali dan Myanmar yang terlibat dalam kejadian gempa bumi, awal pagi Rabu lalu.

“My deepest condolences to the Government and people of Italy affected by the earthquake.”

“Myanmar was also affected by an earthquake with historical sites damaged and lives lost. My sympathies to the people of Myanmar”. Mohd Najib Tun Razak ‏@NajibRazak.

Gempa bumi berukuran 6.2 pada skala Richter kira-kira 100 kilometer di timur laut Rome, menggegarkan Itali pada awal pagi Rabu lalu kira-kira jam 3.37 pagi.

Najib Ucap Takziah Kepada Rakyat Itali & Myanmar

Wisma Putra mengesahkan sehingga kini tiada rakyat Malaysia yang terlibat dalam kejadian gempa bumi yang melanda daerah Amatrice dan Accumoli yang terletak di wilayah Umbria itu.

Dianggarkan 247 mangsa yang terkorban manakala ratusan lagi dilaporkan cedera dan terperangkap di bawah bangunan.


Sementara itu, Myanmar turut mengalami gempa bumi berkekuatan 6.8 magnitud, semalam.

Jabatan Ukur Geologi AS (USGS) melaporkan gegaran akibat gempa tersebut yang melanda pada kedalaman 84 kilometer turut dirasai di ibu negara Thailand, Bangkok dan Yangon, Myanmar.

Najib Ucap Takziah Kepada Rakyat Itali & Myanmar

Seramai empat orang terkorban dan 171 pagoda rosak dalam kejadian gempa bumi itu.

Kawasan yang menjadi tarikan pelancong itu mempunyai lebih 2,000 kuil dan pagoda serta disebut sebagai ‘Angkor Wat Kambodia’.- MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori