Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Sedia Opor Tugasan Renyah,...

KUANTAN - Menyediakan opor, makanan tradisi Pahang yang menggunakan daging, merupakan satu tugasan...

Pendidikan & Peluang Pekerjaan...

KUALA LUMPUR - Pendidikan bertaraf antarabangsa dan peluang pekerjaan berpendapatan tinggi merupakan aspirasi...

Warga Myanmar Seberang Sungai...

PASIR MAS : Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan dua tekong dan 20 pendatang...

Enam Juta Rakyat Sri...

COLOMBO – Krisis ekonomi berterusan menyebabkan lebih enam juta penduduk Sri Lanka berdepan...

Najib Batal Rancangan Bercuti Ke Luar Negara

KUALA LUMPUR – Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terpaksa membatalkan rancangan untuk bercuti ke luar negara pada saat akhir berikutan langkah Jabatan Imigresen menghalang beliau daripada meninggalkan negara.

Sebelum ini, Najib telah mengeluarkan kenyataan yang menyatakan bahawa beliau dan keluarganya akan bercuti ke luar negara mulai hari ini untuk berehat selepas pilihan raya umum pada 9 Mei.

Namun, Jabatan Imigresen telah mengeluarkan kenyataan menyenaraihitamkan beliau dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor daripada meninggalkan Malaysia.

Tidak lama selepas itu, dalam Twitternya, Najib menyebut beliau akan mematuhi arahan itu.

“Saya telah dimaklumkan bahawa Jabatan Imigresen Malaysia tidak membenarkan saya dan keluarga ke luar negara. Saya menghormati arahan tersebut dan akan bersama keluarga dalam negara,” kata Najib yang juga presiden UMNO dan pengerusi Barisan Nasional (BN).


PRU14 pada 9 Mei lalu menyaksikan kerajaan BN pimpinan Najib yang memerintah Malaysia selama enam dekad ditumbangkan oleh apa yang disifatkan sebagai ‘tsunami rakyat’. – BERNAMA

Kategori