Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

PDRM Sambut Baik Pelanjutan...

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyambut baik keputusan Dewan Rakyat semalam...

5 ‘Pondan Jelita’ Antara...

KUALA LUMPUR - Sekumpulan lelaki yang leka dilayani beberapa Pelayan Pelanggan(GRO) di sebuah...

Bekalan Parasetamol Dilapor Kurang...

KUALA LUMPUR : Bekalan parasetamol, ubat yang lazimnya digunakan bagi melegakan demam dan...

Melaka United Pendahulu Baharu...

KUALA LUMPUR - Jaringan menerusi sepakan penalti Ilija Spasojevic seminit sebelum permainan tamat...

Maut Dalam Keadaan ‘Bersujud’ Di Kubur

SEORANG pelajar kolej maut dalam keadaan ‘bersujud’ di atas kubur selepas motosikal ditunggang terbabas masuk ke kawasan perkuburan di Jalan Lendu, Air Paabas, Alor Gajah, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, Muhammad Faiz Akmal Mohd Radzali, 19, dikatakan maut di tempat kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik negeri Superintendan Mohd Sham Abdullah, berkata mangsa adalah penuntut Tahap 1 SKM Penyeliaan dan Operasi Penanaman di Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM).

“Kejadian apabila motosikal ditunggang mangsa dari arah Ayer Pa’abas ke Lendu tiba-tiba hilang kawalan di hadapan kolej terbabit sebelum terbabas ke kiri jalan.

“Motosikal jenis Yamaha LC itu kemudian terus melanggar pagar tanah perkuburan mengakibatkan mangsa tercampak ke atas kubur di tempat kejadian,” katanya memetik Harian Metro.


Menurutnya, penuntut itu berasal dari Arau, Perlis.

Katanya, jasad penuntut itu kemudiannya dihantar ke Hospital Alor Gajah manakala kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -MYNEWSHUB.CC

*Video sekadar hiasan.

Kategori