Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Cuai, Tidak Berhemat Punca...

SHAH ALAM - Cuai dan tidak berhemat dalam pengurusan kewangan antara faktor kaum...

Video: Gadis Jerit Panggil...

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar mengejutkan penduduk Kg Lepau, Kota Tinggi...

KP Zulkarnain Tak Kisah...

SEREMBAN - Seorang anggota polis sanggup membelanjakan  sejumlah  wang untuk membeli Jalur Gemilang semata-mata untuk menghiasi  hampir keseluruhan rumahnya bagi menzahirkan rasa cinta kepada...

UMNO Muar Harap Muhyiddin...

MUAR - UMNO Bahagian Muar berharap dengan keputusan kekal dalam parti, Tan Sri...

Arab Saudi Anjur Maraton Wanita Pertama

RIYADH – Arab Saudi menganjurkan maraton pertama untuk wanita hujung minggu ini, lapor media tempatan, ketika negara konservatif itu berusaha meningkatkan sukan wanita.

Ratusan pelari wanita, kebanyakannya memakai pakaian tradisi Islam, bersaing di wilayah Al-Ahsa, semalam.

“Matlamat maraton adalah untuk mempromosikan larian dan memperkenalkan konsep sukan untuk semua, bagi cara hidup lebih menyihatkan,” lapor Al-Arabiya News, memetik penyelia maraton, Malek al-Mousa, sebagai berkata.

Acara itu dilakukan selepas Riyadh menganjurkan separuh maraton antarabangsa pertamanya lewat Februari lalu, yang mencetuskan rungutan beberapa media negara berkenaan mengenai kekurangan ketara peserta wanita.

Pihak berkuasa dijangka menganjurkan satu lagi maraton untuk wanita di Makkah pada 6 April ini, lapor akhbar Okaz.


Dikenali sekian lama dengan langkah konservatif, Arab Saudi mengadakan pelbagai program pembaharuan sosial termasuk membenarkan wanita memandu. – AFP/BH ONLINE

Kategori