Anak Ghafar Baba Beri Keterangan Di Bukit Aman

KUALA LUMPUR – Datuk Tamrin Abdul Ghafar yang juga anak sulung bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Ghafar Baba, hadir ke Bukit Aman untuk direkodkan keterangannya, pagi ini.

Beliau tiba di Bukit Aman bersama peguamnya, Mohd Azharul Ab Talib, kira-kira jam 11 pagi.

Kehadiran beliau adalah bagi membantu siasatan berhubung kenyataan menerusi blog peribadinya, bertajuk, ‘TMJ – Bodoh Sombong Yang Tak Boleh Diajar’ yang dimuat naik pada 1 Februari lalu.

Sehari kemudian, kenyataan sama turut dimuat naik di laman Facebook peribadinya.

Kenyataan itu dipercayai merujuk kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim. – BH Online

Loading...