Ahmad Maslan Dituduh Gagal Isytihar RM2 Juta

KUALA LUMPUR – Bekas timbalan menteri, Ahmad Maslan hari ini mengaku tidak bersalah terhadap 2 tuduhan mengikut undang-undang pengubahan wang di Mahkamah Sesyen hari ini, berkaitan dana yang dikatakan diterima daripada Najib Razak.

Ahmad dituduh gagal mengisytiharkan RM2 juta yang diterima daripada bekas perdana menteri itu dalam penyata cukai 2013, serta memberikan makumat palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau dituduh mengikut Seksyen 3 dan 32 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA).

Beliau berdepan hukuman penjara antara 5 hingga 15 tahun, denda RM5 juta atau 5 kali ganda daripada hasil haram itu.

Turut dihadapkan ke kandang hari ini adalah bekas pengerusi Felda, Shahrir Abd Samad, yang dituduh berasingan mengikut akta sama.

Mereka antara 80 individu dan pertubuhan yang dinamakan SPRM sebagai menerima lebih RM420 juta daripada Najib.

SPRM berkata dana itu daripada 1MDB.

Badan anti-rasuah itu mengeluarkan kompaun kepada mereka, menuntut mereka memulangkan wang itu. – FMT

Loading...