90 Premis Di Kelantan Dapat Sijil Perakuan Bomba Sejak 2017

KOTA BHARU – Sebanyak 90 premis di Kelantan mendapat Sijil Perakuan Bomba (FC) bagi tempoh tahun lepas hingga kini, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan Nazili Mahmood.

Beliau berkata jumlah itu adalah daripada keseluruhan 118 premis yang memohon FC manakala 28 premis lagi masih dalam proses pemeriksaan disebabkan tidak memenuhi beberapa syarat yang ditetapkan pihak bomba.

“Antara premis tersebut ialah pusat perniagaan, kilang, bangunan pejabat dan hotel yang mempunyai 21 bilik ke atas,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Kesedaran Keselamatan Kebakaran JBPM Zon Kota Bharu di sebuah pasar raya di Tunjong di sini, hari ini.

Nazili berkata pemilikan sijil berkenaan adalah wajib dan pemilik premis boleh dikenakan tindakan undang-undang jika gagal memperolehnya.

Beliau berharap pemilik premis sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihaknya bagi mengelakkan insiden tidak diingini. – BERNAMA

Loading...