Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

DSV ‘Mengamuk’, Tandas Lebih...

TERKEJUT dan terkilan...Itu yang dirasai pengasas kosmetik terkenal, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman...

Video: Kejam… Jerung Paus...

VIDEO ini memaparkan detik mengerikan apabila seekor ikan jerung paus gergasi disembelih dan...

Azmin Ulangi Pendirian PKR...

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali mengulangi...

Video: Pesawat Mendarat Cemas...

VIDEO ini memaparkan detik cemas sebuah pesawat yang dikatakan terpaksa mendarat cemas di...

Zurich Insurance Tingkatkan Produk Berkaitan Pelaburan

KUALA LUMPUR – Zurich Insurance Malaysia Bhd mahu meningkatkan produk berkaitan pelaburan dengan memperkenalkan polisi manfaat tambahan insurans yang baharu, Zurich MegaMed.

Ketua Pegawai Eksekutif Philip Smith, berkata manfaat tambahan Zurich MegaMed adalah amat sesuai dengan produk-produk berkaitan pelaburan dan menyediakan lebih banyak pilihan dalam menawarkan keperluan perlindungan penjagaan kesihatan serta kehidupan.

Pelan baharu ini tersedia untuk pengguna dari 30 hari sehingga 69 tahun dan boleh ditambah ke atas pelan berkaitan pelaburan Zurich Insurance Malaysia yang tertentu seperti Zurich FlexiLife, Zurich FlexiLife Plus dan Zurich TrueLady.

“Kos perubatan akan meningkat seiring dengan inflasi dalam perubatan serta penurunan nilai ringgit sekarang ini,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Zurich MegaMed di sini hari ini.

Turut hadir ialah Pengurus Besar Malaysia Insurans Hayat Zurich Insurance Malaysia, Mukesh Dhawan dan Presiden bagi Malaysian Wellness Society Datuk Dr Rajbans Singh.


Dengan kadar inflasi perubatan di Malaysia dijangka meningkat sebanyak 10- 15 peratus setiap tahun, Zurich MegaMed menawarkan ciri-ciri bonus seperti tiada had umur sehingga usia 100 tahun dan kemudahan tanpa tunai di hospital-hospital tempatan.

Manfaat tambahan Zurich MegaMed boleh didapati dalam empat pelan bermula dengan pelan satu yang menawarkan had tahunan sebanyak RM350,000 kepada pelan keempat yang lebih komprehensif dengan had tahunan tertinggi sebanyak sehingga RM2.25 juta. – BERNAMA

Kategori