Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Polis Kesan Pelbagai Taktik...

KUALA TERENGGANU - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan pelbagai taktik yang digunakan oleh...

Kadar Tarif Air Di...

ALOR SETAR - Kerajaan negeri Kedah tidak menolak kemungkinan berlaku kenaikan kadar tarif...

Lelaki Gatal Mengganas Lagi,...

Laman blog dan portal sebelum ini sudah beberapa kali membuat cerita mengenai kisah...

GST Bantu Kerajaan Tingkat...

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bermula 1 April tahun...

Zon Selamat Berjaya Sekat Kemunculan Daesh Di Syria

ASTANA – Kewujudan zon selamat di wilayah Latakia, Homs, Aleppo, Hama dan Idlib di Syria, berjaya menyekat kemunculan Daesh di negara yang dilanda peperangan itu.

Menerusi kenyataan bersama yang dibacakan, Menteri Luar Kazakhstan, Kairat Abdrakhmanov berkata, negara penaja iaitu Turki, Rusia dan Iran, mengesahkan kesungguhan untuk mengambil semua langkah perlu bagi meneruskan perjuangan memerangi aktiviti keganasan sama ada di dalam atau di luar zon selamat.

Sejak awal tahun ini, hasil daripada rundingan damai berkenaan Daesh, Nusra Front, semua individu, kumpulan dan entiti yang berkaitan dengan Al-Qaeda dan Daesh berjaya ditewaskan.

Abdrakhmanov berkata, negara berkenaan turut bersetuju, “tidak” terdapat penyelesaian ketenteraan kepada isu Syria dan ia harus diatasi melalui proses politik.

Selain itu, kesemua negara tersebut bersetuju membincangkan cadangan Rusia untuk mengadakan “Kongres Dialog Kebangsaan”.

Beliau berkata, pihak bertelagah perlu mengambil langkah untuk “membina keyakinan”, termasuk pembebasan tahanan atau tebusan dan penyerahan mayat serta mengenalpasti orang yang hilang, bagi mewujudkan keadaan lebih baik membolehkan proses politik dan gencatan senjata bertahan lama.


Kenyataan bersama itu, turut menekankan perlunya untuk terus meningkatkan bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Syria dan menyediakan akses kemanusiaan yang cepat, selamat tanpa sebarang halangan.

Mesyuarat seterusnya dijangka diadakan pada pertengahan Disember tahun ini, di Astana.

Mesyuarat dua hari di Astana, menumpukan kepada memperkukuhkan gencatan senjata yang berkuatkuasa pada 30 Disember tahun lepas, selain turut membincangkan berkaitan pelepasan tahanan, tebusan dan tindakan kemanusiaan.

Rundingan itu disertai wakil Syria, kumpulan bersenjata selain delegasi PBB, Jordan dan Amerika Syarikat yang bertindak sebagai pemerhati. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Daesh

Kategori