Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pemuda UMNO Sabah Buat...

KOTA KINABALU - Pemuda UMNO Sabah hari ini membuat laporan polis berhubung...

Bekalan Minyak Masak Bersubsidi...

ARAU - Bekalan minyak masak di negeri ini sama ada dalam paket satu...

Iraq Negara Paling Pemurah...

LONDON - Walaupun dilanda perang saudara, Iraq merupakan negara paling pemurah di dunia...

UiTM Cipta Sejarah Lancar...

HEBAT… Kemajuan teknologi telah dorong Universiti Teknologi Mara (UiTM) harum nama Malaysia apabila...

Zizan Razak Nasihat Artis Baharu Hormat Pihak Media

PELAWAK dan pelakon, Zizan Razak, 32, menasihatkan barisan artis baharu agar memberikan kerjasama yang baik kepada media terutamanya jika berkaitan dengan kontroversi.

Tambahnya, sebagai artis dalam industri seni, mereka perlu memberikan jawapan kepada pihak media bagi memudahkan urusan kerja masing-masing.

“Saya cuma mahu nasihatkan artis baharu agar memberikan kerjasama kepada pihak media dalam menjawab sesuatu isu yang timbul kerana saya lihat ia daripada sudut kerja.

“Walaupun saya sering dilanda kontroversi, saya tidak pernah lari dari memberikan jawapan. Jika saya belum bersedia, maka saya akan jawab yang saya belum bersedia. katanya kepada mStar Online.

Menurut Zizan, kontroversi adalah salah satu perkara yang perlu dihadapi oleh seseorang selebriti apabila menceburi bidang hiburan.


“Ramai artis baharu yang tidak faham serta menyalahkan pihak media kerana membuat cerita buruk tentang mereka.

“Mereka sepatutnya tahu bila dah jadi artis, itu adalah perkara yang perlu mereka hadapi,” tambahnya.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori