Zionis Musnahkan Pangkalan Luar Hamas

BAITULMAQDIS – Tentera Israel memusnahkan pangkalan luar milik pergerakan Hamas di Semenanjung Gaza semalam selepas pejuang Gaza membedil roket ke arah wilayah Yahudi itu.

Roket itu menyebabkan siren udara berbunyi di selatan Israel tetapi bedilan tidak sampai ke wilayah berkenaan sebaliknya mendarat di kawasan Palestin.

“Sebagai tindak balas, kereta kebal Israel menyasarkan dan memusnahkan pangkalan luar Hamas di selatan Semenanjung Gaza,” kata tentera rejim Zionis.

Pegawai di Gaza berkata, tiada siapa cedera apabila peluru kereta kebal itu memusnahkan pos pemantauan Hamas berhampiran sempadan dengan Israel.

Tiada pihak mendakwa bertanggungjawab di atas bedilan roket itu. Israel meletakkan tanggungjawab ke atas Hamas atas apa yang berlaku di wilayah itu.

Hamas memantau gencatan senjata dengan Israel sejak perang pada 2014 tetapi kumpulan bersenjata kecil Salafi meneruskan bedilan roket ke arah Israel. – Reuters/BH ONLINE

Loading...