Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Fama Anjur Program Jualan...

KUALA TERENGGANU - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) mengadakan program Jualan Pasca Banjir...

Netizen Terhibur Parodi Lelaki...

NAMPAKNYA tak habis-habis lagi orang ramai memperkatakan mengenai gadis pelat Mat Saleh, King...

AirAsia Tawar 1.5 Juta...

KUALA LUMPUR - AirAsia menawarkan sebanyak 1.5 juta tempat duduk penerbangan dengan tambang...

SPRM Tahan Tiga Lagi...

GEORGE TOWN - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang hari ini menahan...

Zakat Fitrah Kekal RM7 Di Kedah, Kutipan Meningkat

LANGKAWI – Kedah mengekalkan kadar bayaran zakat fitrah sebanyak RM7 tahun ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), Zakaria Othman, hari ini.

Katanya walaupun kadar ini dikekalkan, kutipan zakat fitrah untuk tahun ini dijangka lebih tinggi berbanding RM8.7 juta yang diperoleh tahun lepas.

“Seperti zakat-zakat lain, kami menjangkakan kutipan zakat fitrah ini akan meningkat berikutan kesedaran yang semakin tinggi di kalangan umat Islam di negeri ini berhubung tanggungjawab mereka berbuat demikian,” katanya kepada Bernama di sini.

Menurutnya selain pegawai-pegawai masjid yang diketuai imam masing-masing untuk menjadi amil bagi mengutip zakat fitrah ini, LZNK juga melantik kakitangan di jabatan-jabatan kerajaan untuk menjalankan peranan yang sama.

“Pendekatan ini akan dapat memudahkan lagi proses untuk umat Islam menunaikan tanggungjawab mereka membayar zakat,” katanya.


Zakaria berkata secara keseluruhannya, sejumlah RM140.4 juta telah dikutip LZNK tahun lepas bagi pembayaran pelbagai jenis zakat di Kedah dan angka ini melepasi kutipan RM133.8 juta yang dicatat tahun sebelumnya.

Sebelum itu beliau telah menyempurnakan Majlis Agihan Beras Fidyah melibatkan 2,825 kampit beras untuk 29 buah masjid di Langkawi yang telah diadakan di perkarangan Masjid Al-Ehsan Kampung Temonyong.

Menurutnya sumbangan ini merupakan sebahagian daripada 71,803 kampit beras yang telah diagihkan untuk golongan miskin dan asnaf melalui masjid di kawasan masing-masing. – BERNAMA

Kategori