Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

PH Tak Perlu Dabik...

KOTA BHARU - Barisan menteri yang dilantik selepas PRU lalu tidak perlu terlalu...

Sederet Kedai 30 Pintu,...

KINABATANGAN - Sederet kedai 30 pintu dan sebuah masjid musnah dalam kebakaran di...

Bekas Pengacara TV Palsukan...

Bekas penyampai televisyen yang telah memalsukan kematiannya sendiri, berjaya ditahan selepas 17 tahun...

Angka Korban Tsunami Selat...

Agensi bencana Indonesia mengesahkan angka kematian tsunami yang melanda kawasan pantai sekitar Selat...

Zainuddin Maidin Dirawat Di ICU Hospital Putrajaya

PUTRAJAYA – Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin sedang menjalani rawatan di Hospital Putrajaya di sini akibat paru-paru berair.

Menurut adiknya Abdul Lazam, Zainuddin yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan berada dalam keadaan sedar namum dinasihatkan untuk banyak berehat oleh doktor.

Sambil menafikan khabar angin Zainuddin berada dalam keadaan nazak, Abdul Lazam berkata: “Abang saya dalam keadaan sedar dengan keadaan sekelilingnya dan boleh bercakap dengan semua yang datang untuk melihat keadaannya.”

Ketika dihubungi hari ini, beliau berkata laporan yang mengatakan Zainuddin,79, dimasukkan ke hospital selepas terjatuh di rumahnya di Presint 10 di sini juga tidak tepat.

“Abang saya mengadu sakit dada dan lelah. Melihatkan keadaannya agak serius semalam anggota keluarga memutuskan supaya dia dibawa ke hospital,” katanya.


Menurutnya, Zainuddin dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Putrajaya kira-kira 10 malam semalam dan dimasukkan ke wad biasa sebelum dipindahkan ke ICU pagi ini selepas doktor mengesan air dalam paru-parunya.

Menurut Abdul Lazam, Zainuddin sebelum ini tidak menghidap sebarang penyakit serius. –BERNAMA

Kategori