Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Najib Ingatkan Umat Islam...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengajak umat Islam...

KPM Siasat Guru Besar...

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengadakan siasatan berikutan aduan seorang guru...

Golongan Muda Diseru Sertai...

SERI ISKANDAR - Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abdul Mutalib hari...

Wanita Diheret Keluar Kerana...

GARA-GARA menyelinap masuk ke sebuah pesawat, seorang wanita terpaksa diheret keluar selepas dia...

Zahid Ziarah Dua Kenalan Lama Terlantar Sakit

BAGAN DATUK – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini bersarapan pagi dan santai bersama penduduk di sebuah kedai kopi di pekan Selekoh di sini, sebelum menziarahi dua orang kenalan lamanya yang terlantar sakit.

Sudah menjadi rutin buat timbalan perdana menteri untuk bersarapan bersama penduduk setempat apabila beliau pulang ke kampung untuk bertanyakan khabar, dan sama-sama menikmati roti canai, nasi lemak, mi goreng serta teh tarik.

Ketibaan beliau di gerai milik Ramlan Mahidin Mohd itu diiringi Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Datuk Shahrul Zaman Yahya yang juga calon Barisan Nasional bagi Dewan Undangan Negeri Rungkup, dalam Pilihan Raya Umum ke-14, pada 9 Mei ini.

Selesai bersarapan, Ahmad Zahid menziarahi kenalan lamanya Puad Kamal Mat Tridi, 62, yang terlantar sakit akibat penyakit angin ahmar di rumahnya di Kampung Batu 23, Rungkup di sini.

Puad Kamal merupakan penyokong kuat beliau ketika Ahmad Zahid berada dalam pergerakan Pemuda UMNO suatu ketika dahulu.

Sementara itu isteri Puad Kamal, Lawiyah Mat Said, 54, berkata suaminya yang bekerja sebagai tukang kebun di Jabatan Pertanian Bagan Datuk lumpuh sebelah badan dan terlantar sakit sejak tiga bulan lalu.


“Dia diserang strok ketika sedang berehat di rumah pada 24 Jan lalu dan saya harap kedatangan timbalan perdana menteri ke rumah ini boleh memberi semangat buat suami saya,” katanya.

Selepas menziarahi Puad Kamal, Ahmad Zahid, yang juga penyandang dan calon bagi kerusi Parlimen Bagan Datuk, mengunjungi seorang lagi rakan lamanya, Ong Wan Heng, yang mengalami sakit lutut akibat terjatuh di rumahnya di Kampung Batu 24, Simpang Tiga Rungkup. – BERNAMA

Kategori