Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Lapan Lelaki Geng Curi...

JOHOR BAHRU - Lapan anggota kumpulan ‘Geng Alif Proton’ yang disyaki aktif mencuri...

Suspek Bunuh Siti Nur...

MARANG - Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan reman suspek bunuh Siti...

Pekebun Kecil Raih Pendapatan...

PASIR MAS - Pengerusi Risda Datuk Zahidi Zainul Abidin bertegas bahawa hasil tanaman...

Iran Berkabung 3 Hari,...

PEMIMPIN Agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei mengisytiharkan tiga hari berkabung susulan tragedi rempuhan Mina...

Zahid Saksi Sesi Kelayakan Grand Prix Motosikal Malaysia

SEPANG – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada Sabtu meluangkan masa menyaksikan sesi kelayakan perlumbaan Grand Prix Motosikal Malaysia di litar Sepang di sini.

Ketibaan beliau yang juga Menteri Dalam Negeri disambut oleh Pengerusi Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Tan Sri Mokhzani Tun Dr. Mahathir dan Ketua Pegawai Operasi SIC, Datuk Razlan Razali.

Turut hadir ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir. Ahmad Zahid meluangkan masa kira-kira dua jam menyaksikan sesi kelayakan itu.

Beliau juga bertemu pelumba-pelumba Malaysia — Zulfahmi Khairuddin, Hafizh Syahrin Abdullah, Ramdan Rosli dan Azlan Syah Kamaruzaman — di kawasan Paddock Litar Sepang. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori